Chinese New Year Bersama Sylvia Yong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Hehehe.. Tajuk tak boleh blah. Mesti ramai yang hairan kan. Siapa itu Sylvia Yong? Lawyer?? Majistret?? Ahli Muzik?? Teruskan membaca, nanti saya kongsikan kisah hebat beliau. =)

 

Anyway, 17hb Februari rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Happy Chap Goh Mei kepada rakan-rakan yang merayakan. Rasanya sudah sekian lama saya tidak menghadiri sambutan Tahun Baru Cina, rumah terbuka tahun baru cina ofis tidak termasuk. Kali terakhir pada tahun 2009.

 

 RM0.00 Shaklee: You are cordially invited to join Chinese New Year Celebration @ Palace Hotel, KK, 11/2/14 (Tuesday) @ 5.30pm. See you there!

 

Bila terima SMS jemputan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Shaklee, hati saya melonjak-lonjak kegembiraan. Saya berazam, saya mesti pergi ke sambutan Tahun Baru Cina Shaklee ini. Azam kali ini lebih kuat dari azam tahun baru saya. Hahaha.. Exaggerate giler.. Tapi poin utama saya adalah saya sangat teringin untuk pergi.

 

Boleh guna kaedah rotation laptop 90 degree. *ngee*

 

Alhamdulillah, saya antara peserta terawal sampai. Bila melihatkan dewan besar lokasi sambutan Tahun Baru Cina Shaklee kali ini, macamlah ada kali pertama sebelum ini kan, well this is the very first time bebeh, hati terasa sedikit kecewa. Mesti peluang saya untuk memenangi free gift jadi semakin tipis. *ghope-ghopenye ekau datang nak ambik hadiah je ekk, kuikui.. Tapi saya tetap bertenang. Saya mula mengatur strategi. Saya ambil seat depan paling tepi, supaya kalau ada apa-apa kuiz atau aktiviti, saya tak perlu melontarkan suara sekuat-kuatnya melangkaui para hadirin yang lain. Takmo nanti ramai-ramai pakat toleh belakang mencari suara itu. *pengsan* Dan saya tak perlu berlari selaju-lajunya untuk jadi peserta pertama sampai ke pentas supaya saya layak untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. (^_^)

 

Sambutan Tahun Baru Cina Shaklee KK
Giler ramai kan. Sumber.

 

Sebelum saya sambung membebel dengan perkara-perkara lain, biar saya terangkan serba sedikit tentang perayaan Tahun Baru Cina . Info ini saya perolehi semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina Shaklee ini – info yang tidak pernah saya ambil tahu selama ini.

 

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

 

Tahun Baru Cina akan diraikan dengan jamuan yee sang. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah, yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Ianya boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. 

 

Para Master Coordinator Shaklee melambung Yee Sang
Para Master Coordinator Shaklee melambung Yee Sang

 

Perayaan Tahun Baru Cina akan disambut selama lima belas hari dan setiap hari di dalam Tahun Baru Cina mempunyai agenda mengikut kepercayaan kaum Cina.

 

Hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa untuk menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

 

Hari kedua Tahun Baru Cina menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin menziarahi ibu bapa kandung mereka.

 

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara. maka hari ini kau Cina akan berdiam di rumah sahaja.

 

Manakala hari kelimabelas adalah merupakan hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine.

 

Menarik rupanya bila dapat menyelami adat resam kaum lain.

 

Berbalik pada cerita sambutan perayaan Tahun Baru Cina Shaklee 2014, antara aktiviti yang dibuat untuk memeriahkan sambutan adalah ROLL THE GOLD. Mula-mula tu rasa gerun juga nak join, tapi mengenangkan objektif asal datang ke event ni, tiba-tiba terus je ringan kaki ni. hehehe.. giler kiasu kan.. Dan nasib baik juga lah aktiviti tu tidak sesusah aktiviti chopstick – di mana kena pegang kacang kuda dengan chopstick. *pheww*

 

Activity Sambutan CNY Shaklee KK
Tengah menurunkan jampi serapah pada “roller board”.
Activity Sambutan CNY Shaklee KK
Eksaited la tu dapat GOLD. =)

 

Rasanya tak payah la saya cerita dengan panjang lebar macamana aktiviti ROLL THE GOLD ni. Boleh tengok klip ini. Layanzz.. *ihiks*

 

Syukur, hasil kerjasama pasukan berjaya juga menang dalam pertandingan ini. Dan ini yang saya bawa balik sebagai ole-ole.. =)

 

Sambutan CNY Shaklee KK
Cubaan 6 kali untuk merotate gambar ini tidak berjaya. So, please bear with me until i’m able to do it

 

Oppss.. Maaf, saya dah lupa diri, niat asal mau menceritakan kisah kehebatan Sylvia Yong. Dia telah dijemput untuk membuat sharing session pada sambutan Tahun Baru Cina Shaklee. Ok, siapa dia Sylvia Yong ini? Saya kenal Sylvia melalui Shaklee. Dia adalah sideline saya, kami sama-sama bernaung di bawah upline Master Aya. Kalau ikut konsep MLM yang lain, kami adalah pesaing. Tapi saya tidak anggap sebagai pesaing. Kami dididik oleh ‘mama’ agar menganggap hubungan sesama sideline seperti adik-beradik. Kami boleh bertukar-tukar suplemen di saat memerlukan, kami boleh berkirim stok di saat menghadapi kesukaran untuk berkunjung ke branch, dan kami boleh even berjualan Shaklee bersama-sama. Unbelievable kan? Tapi itu adalah kami, and I’m proud to be part of it.

 

Aktiviti CNY Shaklee KK
Sylvia in action. Sumber

 

Sylvia sebelum bergelar SID sepenuh masa, bekerja sebagai Assistant Manager di sebuah company. Dia memang terkenal sebagai seorang yang rajin, Semasa dia masih bekerja, bermacam-macam perniagaan yang diceburinya, semata-mata ingin mendapatkan pendapatan tambahan.

 

Pada peringkat awal, setiap hujung minggu, Sylvia akan turun berjualan di tamu. Memandangkan anak yang masih kecil dan tiada orang yang menjaga anak, Sylvia dan suami akan bergilir-gilir dalam mengatur dan menyusun barangan di tamu. Suami Sylvia akan menghantar barangan jualan ke tapak jualan, dan kemudian balik ke rumah untuk menjaga anak, kemudian Sylvia akan turun untuk menyusun barangan jualan tersebut. Memang sesuatu perkerjaan yang amat memenatkan. Tambahan pula, Sylvia tinggal di perumahan flat yang menyebabkan suami Sylvia terpaksa membawa turun dan mengangkat naik semula barangan stok jualan.

 

Ditakdirkan beliau bertemu dengan perniagaan Shaklee selepas membeli mealshake untuk anaknya. Melalui perniagaan Shaklee, bintang Sylvia semakin bersinar. Dalam mencapai apa yang beliau perolehi sekarang ini, tersangat besar pengorbanan yang beliau lakukan. Beliau terpaksa bekerja 7eleven, daripada pukul 7 pagi hingga 11 malam. Selepas balik dari bekerja, Sylvia akan menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak sebelum kembali keluar untuk menghantar suplemen Shaklee kepada pelanggan. Masa bersama anak-anak banyak dihabiskan di dalam kereta semasa perjalanan untuk COD.

 

Dengan usaha yang tidak pernah kenal erti jemu, dalam masa lebih kurang setahun Sylvia telah berjaya mencapai rank Senior Coordinator di samping berjaya mendapat Car Bonus daripada Shaklee. Pendapatan beliau kini sudah mencecah 5 angka dan pada 20hb Disember yang lepas, Sylvia telah meletakkan jawatannya sebagai Assistant Manager demi menumpukan lebih perhatian kepada perniagaan Shaklee dan anak-anak.

 

Ini kisah kejayaan Sylvia. Walaupun Sylvia telah lebih setahun dalam perniagaan Shaklee, dan sudah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan, tetapi kita masih lagi mempunyai PELUANG KITA SEMUA SAMA. Rahsianya, USAHA BERTERUSAN, JANGAN BANYAK ALASAN, RAPATKAN DIRI DGN ALLAH TAALA. Insya Allah. =)

1 Comment

  1. sebagai manusia kita harus saling menghormati dan saling menghargai agar bisa hidup rukun dan berdampingan dengan berbagai macam perbedaan
    Jom baca entri terbaru sofia How to Export from CorelDraw with a Transparent BackgroundMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge