Cara Mudah Minum Air Di Bulan Puasa

Cara Mudah Minum Air Di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, selesai menjalani ibadah puasa di hari pertama bulan Ramadhan. Ais Kacang Hidangan BerbukaYang lebih menggembirakan, cuma dua bungkus ABC sahaja yang dibeli daripada bazaar untuk juadah berbuka puasa hari ini. Yeayyy!! Mungkin masih terlalu awal, jadi masih mampu untuk berfikiran waras dalam membuat persediaan berbuka puasa. Hihihi.. Azam Ramadhan tahun ini, bersederhana dalam berbuka, yang penting amalkan pengambilan makanan berkhasiat. Tapi yang sedikit mengecewakan, hidangan air berais masih belum lagi dapat dikeluarkan dari senarai Carta TOP 10 hidangan berbuka puasa. :p Well, siapa yang boleh menolak godaan air berais di kala tekak kekeringan sepanjang hari ditambah lagi dengan cuaca yang sedikit panas sekarang ini?

Air Di Bazaar Ramadhan
Air yang dimaksudkan di sini adalah air putih ya, bukan segala tona warna air yang dijual di bazaar Ramadhan. =)

 

Dalam kita menjalani ibadah puasa, jangan abaikan pengambilan air yang mencukupi untuk keperluan tubuh.

Kepentingan air kepada tubuh memang tidak dapat disangkal. 70% kandungan badan kita adalah terdiri daripada air!! Dehidrasi adalah sangat merbahaya terutama kepada ibu hamil, memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, gangguan kepada fungsi-fungsi badan dan banyak lagi.

 

 

 

Kepentingan Pengambilan Air
Keperluan Air Kepada Tubuh Badan Kita

 

Cara Mudah Minum Air Di Bulan Puasa

Masa berpuasa ni memang susah untuk memastikan kita minum 2-3L air setiap hari. 3 Liter sehari jika diambil secara semborono memang sesuatu jumlah yang banyak.

Cara Mudah Minum Air
Cara Mudah Minum Air. Tapi Jangan Dibuat Pada Bulan Puasa. =)

 

Oleh yang demikian, saya kongsikan panduan cara mudah minum air, agar lebih mudah untuk anda menghabiskan 2-3L air sehari, sepanjang bulan Ramadhan ini.

  1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
  2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
  3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga pada bila-bila masa, minumlah sedikit air.
  4. Semasa bangun sahur, jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih. Sediakan air kosong di sisi anda. Sudah tentu tekak akan menjadi kering semasa berzikir atau membaca quran.
  5. Minumlah air kosong dengan tertib. Kenapa perlu minum dengan tertib? Pentingnya tertib, kerana jika anda tidak tertib, anda akan kerap ke tandas selepas bersahur.
  • Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula. 
  • Jangan minum berdiri.

Mengelakkan Dehidrasi Cara Shaklee

Performance Drink Shaklee

 

Seringkali kita dengar para atlit meminum minuman isotonik seperti 100 Plus, Revive dan sebagainya bagi menggantikan elektrolit yang hilang. Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!

Performance Drink dicipta pada awalnya untuk para angkasawan NASA untuk mengelakkan badan mereka dari mengalami dehidrasi ketika berada di angkasa lepas untuk tempoh yang lama. Hebat bukan Performance Drink Shaklee ini? Bukan calang-calang pemilihan makanan untuk para angkasawan NASA. Makanan untuk para angkasawan dihasilkan daripada produk bermutu tinggi, enak dan berkhasiat dan kualitinya tidak terjejas dalam keadaan penerbangan angkasa. Okay tidak perlu pergi jauh. Kita yang berada di daratan juga perlu memilih yang terbaik agar kita dapat menyerlahkan yang terbaik!!

 

Bagaimana Performance Drink boleh membantu mengelakkan dehidrasi?

Graf Tenaga

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dan rumusan esklusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT untuk tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
✔ Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
✔ Jika diminum selepas berbuka Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur dan sewaktu sahur.

 

Testimoni Ahli Sukan: 

“GenkiPapa sangat menyukai minuman ini – minuman wajib tiap kali pergi main futsal. Katanya, terasa sangat berbeza apabila minum dan tak minum (nie kes nak cepat dan tak sempat nak bancuh PD) Performance Drink nie waktu bermain futsal. Dengan kata lain, jika tak bawa Performance Drink sebagai bekalan waktu main futsal, cepat pancit!” ~genki Momma

“Abg mula lari Mid Dec haritu 1.6KM – 20minit. Semalam minum PD 8.5KM 55minit. Kalau dulu lari halfway nak sambung lg halfway berat kaki sgt, rasa nak jatuh. Sekarang minum PD, Alhamdulillah tak rasa letih. Memang MAXIMUM ENDURANCE SPORT DRINK!” ~ Nur Laila

Testimoni Ibu Menyusu:
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. ~genki Momma

2 Comment

  1. […] Minum air Banyakkan minum air terutama air masak. Air masak sangat baik untuk memperbaiki segala fungsi-fungsi organ di dalam tubuh. TAPI elakkan minuman berkafein. Untuk cara mudah minum air di bulan puasa, sila baca di sini. […]

  2. […] Cara untuk minum air mencukupi di bulan puasa, cuba minum kira-kira 1.5  hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge