Cara Mudah Membuat Masker Kunyit Untuk Memutihkan Wajah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kunyit sangat sinonim dengan masakan ikan goreng. Cuma gaulkan dengan garam, ikan sudah sedia untuk digoreng. Aromanya yang tersendiri membuatkan kunyit seringkali dijadikan bahan penyedap dan juga menjadi pewarna makanan kerana warna kuningnya yang alami. Tidak sah dapur tanpa rempah kunyit ini.

Disamping itu, kunyit juga mempunyai banyak kelebihan yang lain dari segi kecantikan.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!

Kunyit adalah cara yang asli dan murah untuk menjaga kulit anda. Ia boleh didapati secara meluas di pasaran dalam bentuk serbuk, pes dan bentuk akar kering pada kadar yang murah. Di saat harga barang melambung naik, fakta ini sangat membantu anda untuk sentiasa kekal cantik. ^_^

Apabila kunyit digabungkan dengan yogurt, susu atau minyak zaitun ia bertindak sebagai masker muka yang hebat! Juga dikenali sebagai rempah emas hidup, kunyit adalah bahan mesra kulit yang berkuasa yang boleh digunakan untuk menjadikan kulit muka lebih berseri-seri! Masker muka Ayurveda ini telah digunakan selama berabad-abad di India terutamanya oleh bakal pengantin untuk mencerahkan kulit, menjadikan ia lebih berseri dan bercahaya.

Cara Mudah Membuat Masker Kunyit Untuk Memutihkan Wajah

Antara Kebaikan Kunyit Untuk Kecantikan Wajah

1. Kunyit mempunyai ciri-ciri luar biasa anti-radang, anti-septik, anti-bakteria dan anti-penuaan yang menjadikannya sebagai bahan mask muka yang sangat baik. Ia sangat berkesan terhadap jerawat kerana ia mengandungi ciri-ciri anti bakteria yang kuat dan ia juga membantu memudarkan parut jerawat anda!

2. Kunyit juga mengandungi sebatian yang dikenali sebagai ‘curcumin’ yang membentuk pigmen kuning; seterusnya berfungsi sebagai pewarna untuk memberi warna kulit yang lebih cerah.

3. Apabila diambil secara dalaman, kunyit bertindak sebagai pembersih darah yang berkesan, seterusnya membantu untuk memperbaiki keadaan kulit anda.

4. Kunyit merupakan anti-oksidan yang membantu dalam menyerang radikal bebas untuk memberikan kulit kelihatan muda, tanpa ruam dan gangguan lain.

Cara Mudah Membuat Masker Kunyit Untuk Memutihkan Wajah

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar tepung kacang kuda (besan)
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
    • Untuk kulit berminyak: 1/4 cawan yogurt & beberapa titis jus lemon
    • Untuk kulit kering: 2 sudu minyak zaitun atau minyak kelapa
  • Beberapa titik madu

Cara Menyediakan:

Cara Mudah Membuat Masker Kunyit Untuk Memutihkan Wajah

  • Campurkan tepung dan kunyit bersama-sama.
  • Jika anda mempunyai kulit berminyak: Masukkan jus lemon dan gaulkan. Perlahan-lahan campurkan yogurt sehingga pes jadi berkrim. Tambahkan yogurt mengikut citarasa anda.
  • Jika anda mempunyai kulit kering: Tambah minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga pes terbentuk. Tambah lagi untuk sehingga masker menjadi agak berkrim.
  • Campurkan sedikit madu. Gaulkan.
  • Sapukan masker pada bahagian muka dan leher.
  • Biarkan masker selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam.


Tips:

Gunakan berus mekap untuk sapukan masker ini ke wajah supaya kuku dan jari anda tidak menjadi kuning kerana warna kunyit. Jika setelah memakai masker ini muncul noda berwarna kuning di kulit anda, anda boleh menghilangkannya dengan kapas yang dicelupkan ke dalam susu.

Gunakan masker ini dua hingga tiga kali seminggu untuk kulit yang cerah berseri-seri!

Selamat mencuba.

8 Comment

  1. Vid cakap pasal Shaklee tp web ni ajar pasal mask kunyit…??

  2. Liyana EMysha says: Reply

    Huhu npe warna kuning kunyit tu x hilang-hilang???brapa kali dh bilas dengan air suam dan pencuci mukaa..Huhu malulah nk kluar rumah…Apelh org ckp nnti

  3. Artikel Kesehatan says: Reply

    Wahh bolehh nih di coba. Ijin bookmark ya.
    Jom baca entri terbaru Artikel Kesehatan 1001 Manfaat Pohon Pisang – Mulai Dari Daun, Buah dan Kulitnya.My Profile

  4. terbaik . dah lama nak tahu pasal guna masker kunyit ni… langkah yang mudah. dengan gambar . amat menarik. boleh juga kongsi tips kecantikan disini. boleh kongsi sama https://goo.gl/eFso6V
    Jom baca entri terbaru mrsbibi Kesan kekurangan pengambilan kolagen semulajadi terhadap badanMy Profile

  5. Assalam…saya cik usna nak bertanya kulit saya sgt berminyak ….ada lingkaran bwh mata..klu pakai kunyit n yogurt ok x…dia berkesan ker…..tq

    1. Wassalam.. lingkaran bawah mata husna boleh guna timun atau pun eye cream.. whatsapp saya 0192432888 kalau nak tau lanjut re eye cream

    2. Quan el soci s’hagi recuperat, vagin al restaurant a fotre’s un bon tiberi despres un bon puro.El metge de la foto te un bisturi o un ganivet de tallar carn? Jo no estaria molt tranquil amb un individu aixi!

    3. The Absent Game…Between me and my husband we have owned much more MP3 gamers through the years than I can count, like Sansas, iRivers, iPods (traditional & touch), the Ibiza Rhapsody, etc. But, the last few years I’ve settled down to one line of players….

Leave a Reply

CommentLuv badge