Cara Meningkatkan ALEXA Ranking Bagi Blog Baru

Cara Meningkatkan Alexa Ranking

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Sebenarnya saya masih belum lagi mau menulis mengenai Alexa Ranking saya buat masa ini. Tetapi dari hari ke sehari, bila melihatkan Alexa Ranking saya makin lama makin menaik, gatal pula rasa tangan ini untuk berkongsi bersama-sama dunia. Hahaha.. But do world even care??? T__T

 

Alexa Rank 5 April
Alexa Rank 5 April. Cuma 41 site linking in? Hehe.. Sila Abaikan Data-Data Lain

 

Blog ini mula dibina sekitar pertengahan Disember 2013, dengan pos pertama saya Hamil Dengan Set Subur Shaklee. Pada masa tu belum terfikir lagi untuk mengetahui status Alexa Ranking blog ini jauh sekali berusaha untuk meningkatkan Alexa Ranking. Apa yang terlintas di fikiran saya cuma menulis, menulis dan terus menulis. Mujur belum terfikir, sebab sudah tentu saya akan bersedih kerana tiada langsung data pada masa itu!!! Sungguh sadis.

 

Bagi blog yang baru didaftarkan Alexa tidak terus memberikan kedudukan rank kepada blog tersebut. Robot Alexa memerlukan masa untuk melakukan proses pengiraan data dari blog yang baru didaftarkan, selepas itu barulah boleh dirumuskan kedudukan rank blog tersebut. Paling tidak memerlukan satu bulan atau kurang, bergantung kepada kualiti serta trafik pengunjung blog.

 

Alexa Ranking 15 April
Alexa Ranking 15 April

 

Blog saya mula mempunyai data Alexa pada 10 Febuari 2014, sekitar 43 hari selepas blog ini wujud di dunia. Pada masa tu, Alexa Ranking blog ini adalah berjuta-juta lemon, 19,838,212!! Melihatkan kepada kedudukan Alexa Ranking yang jauh di dasar laut itu, sob.. sob.. sob.. saya mengambil ikhtiar untuk mengadakan contest ini dan ini. Namun nasib tidak menyebelahi saya kerana ianya tidak dapat membantu meningkatkan Alexa Ranking blog saya ini, kerana tiada penyertaan untuk contest tersebut! Tuhan nak saya belajar meningkatkan Alexa Ranking the hard way sebenarnya. Alhamdulillah, saya tidak kecewa kerana daripada situ, saya mempunyai alasan untuk mencari ilmu lain untuk cara meningkatkan Alexa Ranking blog ini. Dan hasilnya, 2 bulan 5 hari selepas tersenarai di dalam Alexa, Alexa Ranking saya berada pada 777,882 pada kedudukan dunia dan 3,827 pada kedudukan Malaysia! Walaupun Alexa Ranking blog ini masih jauh untuk tersenarai sebagai Malaysia Top Blogger, namun pada saya ianya satu kejayaan besar untuk berada pada kedudukan ini untuk blogger baru serius seperti saya. Untuk rakan-rakan pembaca, saya kongsikan juga di sini cara untuk meningkatkan Alexa Ranking yang telah saya amalkan dalam beberapa bulan ini untuk panduan bersama. Semoga membantu.

 

Cara Meningkatkan Alexa Ranking Bagi Blog Baru

 

Cara Meningkatkan Alexa Ranking

1. Daftarkan URL Blog di Website Alexa.

Cara ini penting untuk dilakukan. Walaupun Alexa tetap akan memberikan ranking pada blog yang tidak didaftarkan, namun kedudukan ranking yang diberikan tidaklah secepat blog yang sudah didaftarkan. Dengan mendaftarkan blog anda di Alexa sudah tentu proses kedudukan ranking akan lebih cepat dan lebih tepat jika dibandingkan dengan blog yang belum didaftarkan. Pastikan juga blog anda telah di”claimed”.

 

2. Update Blog Secara Konsisten. 

Sasarkan minima satu hari satu entri, semakin banyak tentu lebih baik. Pastikan entri anda adalah hasil tulisan sendiri dan bukan COPY PASTE. Sama seperti Google, Alexa juga lebih menyukai entri original dibandingkan hasil COPY PASTE. Jadi, persiapkan idea-idea untuk menulis entri baru sekarang juga!!

 

3. Blogwalking.

Sambil blogwalking mencari idea untuk menulis, tinggalkan komen anda pada blog yang kamu kunjungi tersebut. Gunakan pilihan Name/URL atau OpenID jika disediakan. Dengan itu kita telah membuat satu peluang untuk mendapatkan Linking In Alexa. Alexa Linking In juga dipercayai memiliki peranan penting untuk meningkatkan Alexa Rank. Semakin banyak Linking In Alexa anda maka akan semakin bagus kedudukan rank Alexa blog tersebut.

 

4. Kongsikan Entri Terbaru ke Laman Sosial.

Fungsinya sama dengan item nombor 4 tadi, iaitu meningkatkan jumlah Linking In Alexa disamping menambah kunjungan trafik ke blog anda. Kongsikan entri terbaru anda pada laman sosial anda seperti, facebook, twitter, google plus, etc.

 

5. Memasang Widget Alexa di Blog. 

Widget Alexa boleh memberi pengaruh besar terhadap Alexa Rank bagi blog yang memasangnya.

 

6. Install Alexa Toolbar pada browser anda.

Alexa Toolbar juga dipercayai cukup kuat untuk merampingkan Alexa Rank blog anda. Anda boleh install Alexa Toolbar di sini.

 

7. Hentikan Menukar-nukar Template.

Bagi blogger baru yang suka menukar-nukar template dan sibuk menghias blog, hentikan sekarang kerana ianya tidak akan mempengaruhi Alexa Ranking. Fokuskan masa untuk melakukan perkara-perkara di atas tadi.

 

8. Bersabar dan Berdoa.

Setelah melakukan semua perkara-perkara di atas tadi, jangan lupa untuk bersabar dan terus berdoa. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Yang penting jangan pernah kenal erti putus asa. =)

9 Comment

  1. salam,
    apa maksud “Pastikan juga blog anda telah di”claimed”.” ye?? bleh explain?

  2. Sangat bermanfaat sekali
    Jom baca entri terbaru rangga Iwan Fals | SongsonglahMy Profile

  3. Makasih infonya untuk cara meningkatkan alexa ranking bagi blog baru 🙂

    1. Alhamdulillah semoga bermanfaat.. 🙂

  4. Banyak sekali blogger pemula yang mencoba cara instan untuk meningkatkan blog mereka, padahal segala sesuatunya butuh proses, menurut saya Konten yang unik dan berkualitas adalah yang paling dominan untuk meningkatkan rangking blog.

    Terima kasih admin untuk sharing pengetahuannya.
    sebagai referensi untuk pemula saya juga menulis 7 Tips menulis Konten yang baik untuk blog.

    http://gratisko.blogspot.com/2015/08/7-tips-jitu-menulis-konten-yang-baik.html

  5. Terima Kasih Diatas Artikel Diatas
    Jom baca entri terbaru indah nama IMEIMy Profile

  6. 🙂
    Jom baca entri terbaru indah nama Cara Lindungi Telefon PintarMy Profile

  7. oh jadi tukar menukar template ngaruh juga ya

Leave a Reply

CommentLuv badge