Cara Berhenti Merokok Dalam 30 Hari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah sudah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini lebih diberkati berbanding Ramadhan yang lalu. DAN semoga juga, perokok-perokok tegar di luar sana akan ambil kesempatan untuk berhenti merokok di bulan mulia ini. =)

Berhenti merokok di bulan Ramadhan saya kira adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Sepanjang hari daripada terbit fajar sehingga matahari terbenam perokok boleh saja “meneruskan hidup” tanpa kepulan asap-asap rokok. Jadi mengapa tidak diteruskan sahaja sehingga ke malam hari dan hari-hari seterusnya sehingga mampu untuk berhenti merokok secara TOTAL??
Bahaya Merokok Di Kotak RokokBanyak sebab kenapa HARUS berhenti merokok!! Dan antara sebab paling utama adalah kesihatan. Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan rokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok. Yang ini, saya kira para perokok sudah sangat arif mengenainya, bukan? Di setiap kotak rokok ada terpampang gambar-gambar bahaya merokok. Kalau sehari 5 batang rokok, bermaksud 5 kali juga lah gambar tersebut akan dilihat oleh si perokok.

Terdetik di hati saya, tidak insafkah si perokok bila melihat gambar-gambar penyakit di kotak rokok? Atau mereka tidak peduli pun? Tidak ambil endah pun akan gambar-gambar bahayanya merokok. Sob.. Sob..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Untuk keterangan / hujah sila baca di sini.

Rokok sudah difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok kenalah berusaha untuk berhenti merokok. Ada cara berhenti merokok nie. Tapi paling penting semangat harus kental. Dan mind set kena betul. Tiada yang mustahil. Bermujahadahlah wahai perokok semua.

 

Bagaimana Cara Berhenti Merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  1. Tetapkan tarikh untuk berhenti
  2. Yakin diri
  3. Buatkan nota peringatan
  4. Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
  5. Sentiasa berfikiran positif
  6. Dapatkan sokongan
  7. Gunakan terapi penganti nikotin
  8. Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
Melengah-lengahkan
Apabila seru untuk merokok sampai, atau teringin nak “pekena sebatang” cuba lengahkan. Buatlah perkara lain dulu. Minum air atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

 

Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan. Buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa seseorang merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Cara yang paling baik adalah dengan mengambil air sembahyang.

 

Minum air
Banyakkan minum air terutama air masak. Air masak sangat baik untuk memperbaiki segala fungsi-fungsi organ di dalam tubuh. TAPI elakkan minuman berkafein. Untuk cara mudah minum air di bulan puasa, sila baca di sini.

 

Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran anda. Di kala anda sibuk, pasti anda tidak punya masa dan ruang untuk merokok.

 

Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
Pernah dengar ini, persekitaran anda yang akan membentuk anda? Jika anda bersama-sama dengan orang alim, insya Allah anda akan menjadi alim, tetapi sebaliknya pula jika anda bersama-sama dengan orang yang sentiasa berbuat kemaksiatan. Manakala jika anda dikelilingi dengan perokok, sudah pasti sukar bagi anda untuk berhenti merokok.

 

Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang anda akan dapat jika anda tidak merokok. Sebagai contoh, isteri akan semakin sayang, anak-anak pula bertambah sihat. Anda makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja kebaikan yang akan menambahkan semangat untuk berhenti merokok.

 

Mengunyah sesuatu
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

 

Membasuh tangan selalu

 

Mandi dengan kerap

 

Meregangkan otot
Cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin senaman 30 minit setiap hari. Sekiranya betul-betul tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman, lakukan senaman ringan. Gunakan tangga sebagai ganti. Parking kereta sejauh mungkin agar anda ada peluang untuk berjalan kaki.

 

Meditasi

 

Memohon doa
Dalam apa juga usaha yang kita lakukan, berdoa adalah paling penting. Setelah kita melakukan semua usaha, serahkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. Berdoa agar dikuatkan azam dan minta Allah kuatkan semangat untuk tidak menjamah rokok.

 

Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee Dalam 30 Hari!!

Di samping itu, boleh menggunakan alat bantuan berhenti merokok. Banyak jenis alat bantuan berhenti merokok yang ada di pasaran sekarang ini. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. Atau boleh cuba Vivix Shaklee, tonik ini akan membuatkan anda rasa tepu dan tidak mahu menghisap rokok lagi. Bau rokok akan menjadi busuk, rasa pahit dan rasa mencucuk-cucuk semasa menghisap rokok. Sampai 2, 3 pam pun takkan lalu.

Dalam terapi penggantian nikotin, perokok akan diberikan nikotin dalam dos yang kecil bagi menggantikan nikotin yang diperolehi daripada rokok. Dalam kebanyakan kes, proses berhenti merokok melalui kaedah ini akan menyebabkan withdrawal symptoms. Sistem saraf perokok sudah biasa berfungsi dengan nikotin. Apabila perokok berhenti merokok, pengambilan nikotin yang berkurangan akan mengganggu keseimbangan sistem saraf pusat. Ia berlaku kerana badan perokok tersebut sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan hidup tanpa nikotin, sedangkan dalam DNA masih mengandungi nikotin tersebut.

 

Tetapi berlainan sekali dengan terapi berhenti merokok dengan VIVIX Shaklee. VIVIX membantu proses berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA. DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan dan dimurnikan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan.

Hasilnya, DNA akan kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan perokok akan mengalami perkara berikut apabila merokok. Yang mana akhirnya perokok akan sendiri berhenti merokok ekoran dari rasa yang mereka alami.

Merokok Sebabkan Mati Pucuk
Mahukah “organ” paling penting lelaki tidak berfungsi??

Cara Berhenti Merokok Paling MudahMacam-macam cara untuk berhenti merokok. Cubalah wahai perokok semua. Takkan sanggup hantar isteri dan anak-anak ke ‘rumah mayat’ akibat rokok. Atau menghantar diri sendiri ke lubang kubur kerana merokok.

Sempena bulan suci dan mulia ini, sama-samalah kita berusaha membantu mereka yang ingin berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini. Bagi perokok ambillah peluang ibadah puasa kali ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari tabiat buruk merokok yang sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.

Promosi Bulan Julai Vivix Buy 6 Free 1
Promosi Bulan Julai Vivix Buy 6 Free 1

 

Sempena dengan promosi VIVIX bulan Julai ini,  anda akan dapat faedah berikut dengan pembelian 6 botol VIVIX:-
★ PERCUMA 1 botol VIVIX (bernilai RM475)
Penghantaran PERCUMA (bernilai RM10)
Keahlian PERCUMA (bernilai RM65)
★ CASH BACK (RM250 pembayaran bulan Disember)
Keseluruhan jumlah penjimatan RM550!!! (belum termasuk CASH BACK RM250)

 

Buy Now

NOTA: Alhamdulillah, pada anda yang sebelum ini teragak-agak untuk membuat belian melalui Shaklee Independent Distributor, anda kini sudah boleh membuat pembelian online sendiri melalui shopping cart Shaklee, eSell. Transaksi hanya diantara anda dan Shaklee, dijamin selamat. Oh, dan pembelian pula menggunakan Credit Card atau Debit Card. Mudah bukan? Semudah ABC.. =) Psttt…..jangan risau, kami masih memberikan konsultansi tip top kepada anda yang membuat pembelian melalui eSell..

 

Payment Method

2 Comment

  1. […] merokok dan merokok pasif. Baca entry ini untuk cara berhenti merokok dalam 30 […]

  2. […] mudah untuk berhenti merokok. Kalau masih bingung bagaimana untuk berhenti merokok, baca sini cara untuk berhenti merokok dalam 30 hari atau boleh lihat video di bawah bagaimana perokok tegar ini boleh berhenti merokok dalam 30 […]

Leave a Reply

CommentLuv badge