Berita Sedih

DKNY Be Delicious

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Sob.. Sob.. Sob.. Dengan ini saya mengumumkan Contest SEO momsavenues.com ditangguhkan perlaksanaannya buat sementara waktu. Alasannya mudah, masih belum ada penyertaan hingga ke hari ni. *tskk* Mungkin belum ada rezeki saya untuk bercontest, be it joining or organizing. *sigh* Masih banyak yang saya perlu pelajari. Betul juga kata orang, masuk rumah orang kena bagi salam dulu. Perkenalkan diri, baru boleh join makan nasi, ada kaitan ke? hehehe..

 

thedainty.blogspot.com

Saya tau masih ramai yang belum mengenali saya. Silap saya juga sebab tinggalkan dunia blogging yang telah saya mulakan pada 2007 dulu. Sebelum thedainty.blogspot.com, saya ada sebuah lagi blog entah-apa-nama-dah-lupa-dah, yang telah diterminate atas sebab yang tak dapat dijelaskan. Masa tu, semangat blogging memang tinggi menggunung. Dikelilingi rakan-rakan sekolah yang rata-ratanya blogger yang mana medium berkomunikasi dengan rakan pada masa tu cuma melalui blog. Almaklumlah, masa ni cuma guna handphone nokia 3310. Whatsapp-whatsapp is totally out of the picture. Tapi tak lama lepas tu, muncul friendster, terkejut bila buka friendster, dah jadi online-gaming dah sekarang. Medium komunikasi kemudian beralih ke situ. Tiba-tiba muncul pula pakcik mark zuckerberg ni dengan mukabukunya pada tahun 2004. Eh, kenapa tiba-tiba rasa macam alasan ni tak relevan dengan kejatuhan era blogging aku? :p Oh, rupa-rupanya facebook mula di buka kepada umum pada tahun 2006, dan mula memasuki Malaysia sekitar 2007, betul ke atau saya yang ketinggalan? Saya kurang pasti tentang ini, kerana saya sebenarnya mula menyedari facebook ni wujud bilamana blog rakan-rakan saya perlahan-lahan beransur sepi. Dan sekitar penghujung tahun 2008 saya telah mewujudkan akaun profile facebook, untuk turut serta dalam kemeriahan social network. Boleh saya katakan di situ lah bermulanya kejatuhan kegemilangan era blogging saya,

 

Saya tau untuk mencipta nama dalam dunia blog, seperti otai-otai blogger kita, denaihati.com, hasrulhassan.com, miliana.com dan ramai lagi, memerlukan pengorbanan yang tinggi, sangat tinggi. Ianya bukan usaha semalaman, sebulan malahan setahun sekalipun. Sama juga seperti kata pepatah, tiada jalan singkat untuk berjaya. Apa yang saya katakan ini bukan sahaja untuk blogging, ianya boleh diaplikasikan untuk semua bidang. Oleh yang demikian, mulai saat ini, saya berazam disaksikan semua yang membaca entri ini, akan istiqomah dalam usaha untuk menempatkan, kalau pun tidak setanding, berdekatan dengan nama-nama hebat blogger Malaysia, insya Allah. Doakan kejayaan saya. ^_^

 

Saya akhiri entri saya ini dengan gambar-gambar hadiah untuk contest-tak-jadi saya. *tskk* Layanzzzz..

DKNY Be Delicious

SE Energy Pendant

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FREE HEADER & LOGO DESIGN

Set Kecantikan Shaklee

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Swarovski Crystal Bracelet

Leave a Reply

CommentLuv badge