Bengkung Terbaik Untuk Ibu-Ibu Moden

Bengkung Moden 3in1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Amalan berpantang selepas bersalin adalah amalan tradisional yang terkenal dikalangan orang-orang Melayu, tetapi tidak dinafikan kaum lain juga turut mengamalkan amalan berpantang ini. Ia dikatakan bertujuan membantu memulihkan ibu yang baru melalui tempoh kehamilan dan proses kelahiran yang “dahsyat” (tunggu sehingga anda melahirkan dan anda akan tahu.)

Tempoh berpantang dikatakan tempoh yang sangat menguji kesabaran kerana terdapat banyak do’s and don’ts bagi si ibu baru tadi. Antara do’s yang paling penting dalam tempoh berpantang ini adalah pemakaian bengkung. Ianya sangat penting dalam mengembalikan bentuk badan si ibu yang telah mengembang selepas 9 bulan mengandungkan baby dan juga menguatkan rahim dan bahagian-bahagian badan yang lain yang terkesan semasa proses kelahiran.

Bengkung Terbaik Untuk Ibu-Ibu ModenMasa melahirkan anak pertama, saya memilih berpantang dengan bengkung tali ini… tetapi dengan bantuan suami. Namun… bila suami sudah mula masuk kerja, sehari dua sanggup la lilit sendiri. Lepas tu, saya give up! Maka berakhirlah jodoh saya dengan bengkung tali ini. Apa tidaknya, pagi-pagi lepas je mandi herba, sapu param, pilis serba sedikit, baru nak lilit satu dua tali bengkung, baby dah nangis. Akibatnya tak sempat nak pakai bengkung. Maka akhirnya saya terpaksa redha menanggung penderitaan body-kembang-sebab-tak-sempat-pakai-bengkung masa berpantang.

Pemilihan Bengkung Terbaik Untuk Ibu-Ibu Moden

Pemilihan bengkung sangat memainkan peranan dalam membantu kejayaan pemakaian bengkung dalam tempoh berpantang. Si ibu perlu terlebih dahulu menilai dulu perkara-perkara berikut sebelum membuat pemilihan bengkung yang sesuai:-

  • Si ibu tidak ada pembantu yang boleh bantu memakaikan bengkung semasa berpantang, samada bidan urut, suami, adik beradik atau pembantu rumah
  • Susah nak lilit bengkung tali. Si ibu tidak dapat melilit dengan kuat, ambil masa yang lama dan sebagainya
  • Tiada yang membantu si ibu untuk menguruskan bayi setiap kali mahu memakai bengkung
  • Bayi anda menyusu dan si ibu tidak mempunyai banyak masa melilit bengkung tali yang bukan sahaja panjang berjela, malah sangat sukar dipakai jika cuba memakai sendiri
  • Sentiasa perlu ke tandas, tapi menghadapi kesukaran untuk membuka tali bengkung. Terutama sekali bagi ibu menyusu yang perlu minum air sehingga 3L sehari.

Sekiranya jawapan anda “YA” kepada semua jawapan di atas, maka anda WAJIB memilih untuk menggunakan Bengkung Moden semasa berpantang.

Tetapi, bagaimana pula nak tau Bengkung Moden mana yang sesuai untuk ibu-ibu berpantang? Di sini saya senaraikan kriteria dalam pemilihan Bengkung Moden.

  • Mempunyai tetulang untuk menyokong & menstabilkan postur badan
  • Selesa yang diperbuat dari fabrik yang breathable dan boleh regang
  • Merangkumi sepenuhnya kawasan otot perut, ini kerana otot perut yang kemas boleh menstabilkan tekanan kepada tulang belakang untuk apa juga aktiviti
  • Senang dipakai. Agar anda tidak mempunyai alasan untuk tidak memakainya
  • Senang juga dibuka untuk anda ke tandas

Mana nak cari bengkung moden yang macam ni? Usah pening kepala fikir.

Memperkenalkan Bengkung Moden 3in1 yang sangat sesuai untuk ibu-ibu bersalin normal dan juga bersalin secara pembedahan.

Bengkung Moden 3in1

Kenapa Bengkung Moden 3in1 Ini Pilihan Terbaik Untuk Ibu-Ibu Selepas Bersalin?

Mari kita lihat pula apa kata pelanggan Bengkung Moden 3in1 kami?

Bengkung Moden Terbaik
Selesa sangat
Bengkung Moden Terbaik
Best sangat pakai. Selesa
Bengkung Moden Terbaik
Repeat Order
Bengkung Moden Terbaik
Kemas. Murah. Puas Hati

Jaminan Kepuasan 100%. Penukaran 3 hari bekerja

Jaminan KepuasanJaminan kepuasan 100% sekiranya anda membeli Bengkung Moden 3in1 ini. Harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.

Buat pesanan anda hari ini dan dapatkan jaminan 3 hari bekerja untuk penukaran sekiranya saiz yang dipesan tidak sesuai dengan anda. *Bengkung yang anda pulangkan hendaklah dalam keadaan baru dan belum digunakan lagi.

Berikut adalah saiz Bengkung Moden 3in1. Anda cuma perlu berikan kepada kami berat, ukuran pinggang dan punggung, semasa kandungan berumur 8-9 bulan, atau atau ukuran sekarang jika anda telah pun bersalin. Kami akan bantu anda untuk dapatkan saiz yang sesuai dengan anda.

Saiz Bengkung Moden 3in1

Berapa harga Bengkung Moden 3in1 ini?

Bengkung Moden 3in1
RM60 untuk set 3in1

 

Bengkung Moden Harga Murah
RM45 untuk set pinggang sahaja

Hubungi 0192432888 untuk tempahan Bengkung Moden 3in1 ini.

2 Comment

  1. Shantaini sarif Tawang says: Reply

    Nak order ..mcm mana

Leave a Reply

CommentLuv badge