Bahaya Puasa Ketika Hamil

Bahaya Puasa Semasa Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tentu banyak persoalan yang sering timbul di kalangan ibu hamil mengenai puasa. Adakah selamat bagi ibu hamil berpuasa? Banyak mitos yang didengari mengenai ibu hamil dan amalan berpuasa. Ramai percaya, ibu hamil perlu makan kerana takut anak dalam kandungan kelaparan terutama ibu yang masih di peringkat awal kehamilan. Malah, ibu hamil juga dikatakan perlu makan untuk dua orang (ibu dan anak dalam kandungan) menjadikan kuantiti pemakanan bertambah dua kali ganda. Justeru, puasa tidak digalakkan sama sekali.

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni…

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Fatimah Arshad, berkata meskipun anggapan berkenaan sudah sebati dengan masyarakat hari ini, kajian menunjukkan mitos berkenaan salah sama sekali.

Bahaya Puasa Ketika Hamil“Tiada halangan yang menyekat ibu hamil untuk berpuasa. Tidak kira pada awal kandungan atau pada peringkat akhir kehamilan. Asalkan ibu berkenaan sihat tanpa penyakit kronik yang membahayakan kesihatan, mereka boleh berpuasa seperti orang lain. Dalam Islam dibolehkan mereka tidak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan ibu atau anak,” katanya.

Bahaya Puasa Ketika HamilDalam keghairahan menyambut Ramadhan, lengkapkan dengan ilmu untuk mengelakkan risiko yang tak diingini. Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

 

 

 

Bahaya Puasa Ketika Hamil

Bahaya Puasa Ketika Hamil

Bahaya Puasa Ketika Hamil

Bahaya Puasa Ketika Hamil

 

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-

  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya

Dari Anas R.A.:

“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya”.

Satu kajian di Universiti al-Azhar yang mengatakan puasa itu sendiri tidak memberi kesan buruk kepada mereka yang mengandung dan juga janin dalam perut ibu. Namun jika ibu hamil merasakan terlalu penat dan puasa tersebut boleh menjejaskan kesihatannya, dia boleh berbuka puasa.

Walaubagaimanapun, doktor akan menghalang wanita itu daripada berpuasa jika dia mempunyai komplikasi kehamilan. Ini kerana ianya akan membahayakan bukan sahaja bayi yang dikandungi, malahan boleh mengancam nyawa ibu.

Bahaya Puasa Ketika Hamil Sekiranya Anda

1. Kencing manis atau diabetes (DM)

Kencing ManisIbu hamil dengan kencing manis tidak disarankan untuk  berpuasa. Ini kerana selain dari memerlukan pesakit mengambil ubat tepat pada waktunya bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk terjadi, ibu hamil juga harus mematuhi program pemakanan yang teratur agar kadar gula dalam darah terkawal dan stabil.

Penyakit darah tinggi atau hipertensi

Samada si ibu mempunyai sejarah hipertensi atau menghidap hipertensi semasa kehamilan, pengambilan ubat adalah penting bagi mengawal tekanan darah. Naik turun tekanan harus dihindari sepanjang kehamilan karena ianya boleh menyebabkan kematian kepada si ibu maupun bayi.

2. Mengalami Perdarahan

Ini jelas tidak dibolehkan berpuasa. Sekiranya tetap diteruskan juga berpuasa boleh membahayakan keadaan janin di dalam kandungan.

3. Dehidrasi atau kekurangan cairan

Banyak penyebabnya seperti muntah-muntah selama hamil (hiperemesis gravidarum), ibu hamil di awal kandungan dengan morning sickness atau muntah-muntah, dan tiada selera makan makan.

4. Gangguan sistem pencernaan

Gangguan sistem pencernaan yang paling besar adalah sakit perut atau ulu hati. Ibu hamil dengan gangguan ini yang memaksa diri untuk berpuasa berisiko mendapat penyakit yang berulang. Perut kosong akan meningkatkan terjadinya peningkatan asid perut dan boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Namun, bagi ibu hamil yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan dan masih meneruskan ibadah puasa, perlu bijak merancang pengambilan makanan dengan mengatur keperluan khasiat dan zat pemakanan. Ini kerana ibu hamil, samada dalam keadaan berpuasa atau tidak, harus memastikan kesihatan diri adalah pada tahap yang optima.

Tips-tips Ibu Hamil Berpuasa Tanpa Membahayakan Diri

Walaubagaimanapun, ibu hamil yang sihat masih boleh menunaikan rukun Islam yang ketiga ini. Cuba amalkan tips-tips di bawah ini agar dapat mengurangkan risiko bahaya puasa ketika hamil.

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Ibu hamil yang berpuasa pada bulan Ramadhan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.
  • Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadhan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyahhidrat dengan cepat dan boleh membahayakan bayi.
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.

Makanan Seimbang Untuk Ibu Hamil

Pastikan juga anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur. Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur, dan jangan sesekali meninggalkan amalan bersahur.

  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat. Untuk sumber protein segera, anda boleh mengambil ESP Shaklee. Untuk tempahan boleh klik di sini. Anda akan dibawa ke portal Shaklee2u.
  • Cara untuk minum air mencukupi di bulan puasa, cuba minum kira-kira 1.5  hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.

Di samping itu, terdapat beberapa zat penting yang diperlukan saat kehamilan, di antaranya asid folat, zat besi dan kalsium. Asid folat boleh diperoleh dari kekacang, zat besi didapati dari sayuran, sementara sumber kalsium boleh diperolehi dari susu dan ikan. Terdapat risiko kekurangan zat penting ini semasa berpuasa akibat daripada pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

Di samping itu, bagi memastikan keperluan zat penting untuk ibu hamil ini dipenuhi walaupun semasa berpuasa, adalah digalakkan untuk mengambil suplemen.

1. Zat Besi

Kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2. Vitamin C

Berfungsi sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Di samping itu, ia membantu penyerapan zat besi. Kalau tak cukup Vitamin C, makanlah zat besi sekapal pun tidak akan diserap oleh badan :(

3. Vitamin B-Complex

Neural Tube Defect
Tiga jenis Nueral Tube Defect yang biasa dilihat

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Mengandungi asid folik untuk keperluan ibu hamil. Kekurangan asid folik pada ibu hamil boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan saraf seperti neural tube defect.

B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

 

4. Calcium & Magnesium

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

Vitamin Untuk Ibu Mengandung
Klik sini untuk tempahan

 

Semoga Allah memudahkan urusan puasa kita, di samping dapat mengekalkan kesihatan yang baik untuk anda dan anak yang dikandungi. Kalau rasa tidak mampu untuk berpuasa, berbukalah. Bagi wanita yang mempunyai komplikasi kehamilan yang mana dinasihatkan oleh doktor agar tidak berpuasa, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya (jika ia melibatkan diri wanita hamil sahaja) atau menggantikannya dan membayar fidyah (jika dikhuatiri bayinya mengalami kemudharatan akibat berpuasa).

2 Comment

  1. ada dampak negatifnya ya kalau puasa saat hamil, mending puasanya selepas melahirkan saja, lumayan buat mengecilkan perut buncit. 😀
    Jom baca entri terbaru imam 10 cara mengecilkan perut buncit dengan cepatMy Profile

  2. […] menyiapkan segala stok makanan di rumah untuk keperluan bersahur dan berbuka, tapi kenalah melengkapkan diri dengan ilmu. Kena tahu tips untuk sentiasa bertenaga ketika berpuasa agar tiada masalah untuk […]

Leave a Reply

CommentLuv badge