Bahaya Ayam Yang Kita Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Petang tadi selepas balik dari kerja, saya singgah Giant untuk shopping barang keperluan dapur, almaklumlah BR1M dah masuk. Masa pilih-pilih ayam, baru perasan, ayam-ayam di situ semuanya sihat-sihat belaka, I mean SIHAT yang teramat sangat. 2-3kg seekor?? Ayam ni terlebih sihat atau saya yang selalu makan ayam underweight? Tiba-tiba saya teringat kata-kata Celine, pakar nutritionist Shaklee semasa kursus Product Training yang lalu,

“…makanan yang kita makan sekarang banyak yang tidak selamat dimakan walaupun ayam dan sayur-sayuran”.

Di mana bahayanya? Kita seronok apabila pergi kedai makan, dapat peha ayam sebesar kayu baseball. Tapi kita tidak sedar proses yang disebaliknya yang membuatkan ayam tersebut menjadi sesasa pemain ragbi.

image
Sasa seh..

Ayam ternakan biasanya disuntik
dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut.

Fakta Mengenai Ayam Daging

1. CAP mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan
menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih
dahsyat daripada wanita (Harian Metro).

image

2. Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan
ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).

3. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar
pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

4. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin ( saltwater ) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan
masalah kesihatan.

5. Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang
mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan
mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

5 fakta di atas sudah cukup membuatkan saya menjadi takut untuk makan ayam daging yang dijual di supermarket. Mujur saya terjumpa panduan daripada Dr. Zubaidi berkenaan dengan perkara ini. Cara terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon semulajadi dalam ayam ternakan, ialah dengan membuang kulit ayam dan merebus daging ayam dengan sempurna.

p/s: Boleh juga ambil ESP Shaklee sebagai sumber protein anda. ^_^

1 Comment

  1. Biasalah kak, peniaga ayam ni tahunya nak untung shj. Asal kos pengendaliannya murah dan shortcut masa ayam membesar pun dah kira berbaloi bagi mereka utk bekalkan ayam inject yg berisiko tinggi. Mereka semua tu bukannya peduli nak jaga nyawa org. Mereka lebih kpd selfish dan tak kisah pun halal haram perniagaan mereka. Itulah yg sy nk komen sbab dh meluat dgn segelintir peniaga yg suka cari kesempatan dalam kesempitan org lain. Tambahan pula, skrng ekonomi negara dh makin jatuh. Apa boleh buat…
    Jom baca entri terbaru Keratan Komik Barang Keperluan Asas Dapur Dibeli Atau Dicuri?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge