Artritis: Kesakitan Yang Dialami Oleh Berjuta-Juta Orang

Artritis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Artritis

 

 

Kesakitan yang berterusan. Kebengkakan tanpa kompromi. Kekejangan yang sering berlaku. Kecergasan terganggu dalam menjalankan aktiviti harian seperti berjalan, memakai pakaian, malah mandi. Individu yang menghidap artritis terpaksa menghadapi keadaan ini yang tidak mengenal masa, bangsa, usia atau jantina dalam episod serangan kesakitan yang dahsyat dan sukar ditanggung – semuanya disebabkan oleh keradangan sendi.

Sendi Normal & Artritis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sendi yang normal, penghujung yang menemukan dua tulang  yang dilapisi rawan menyerap kejutan dan mengelakkan tulang daripada bergeser antara satu dengan yang lain ketika sendi itu digerakkan.

 

Manakala, sendi yang beratritis, membran rawan menjadi radang, bengkak  dan panas. Peradangan mungkin disebabkan oleh tindak balas semula  jadi tubuh terhadap kecedaran, dan ia memainkan peranan yang penting  dalam menyembuh dan melawan jangkitan, tetapi ia juga mungkin  berlaku akibat autokeimunan (apabila sistem imun seseorang menyerang tisu tubuhnya sendiri)

 

 

Simptom artritis termasuk:

  • Kesakitan
  • Kebengkakan
  • Kekejangan dan
  • Kecacatan satu atau lebih sendi

 

Kesakitan ini boleh berlaku dalam keadaan yang tidak dapat ditahan untuk suatu jangka masa tertentu; menjadikannya pengalaman yang amat tidak diingini. Mencemaskan! Artritis bukan sekadar kesakitan sahaja. Ia merupakan penyakit yang progresif dan menjadi punca utama kehilangan upaya di seluruh dunia. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kehilangan upaya yang kekal.

 

Atritis semakin merebak, sebahagiannya disebabkan oleh demografik penuaan, dan bertentangan dengan kepercayaan lama yang popular; artritis juga menyerang kanak-kanak. Artritis merebak dengan begitu serius sekali sehingga tahun 2000-2010 telah diisytiharkan bersama sebagai Dekad Tulang dan Sendi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Vatican, 49 Kerajaan Nasional dan 750 Organisasi, untuk mengatasi masalah tersebut.

 

Kebimbangan yang Mencemaskan di Seluruh Dunia

Lebih daripada 400 juta orang di seluruh dunia mengalami kelumpuhan, sakit sendi yang kronik, osteoporosis, penyakit tulang belakang dan trauma otot skeletal ….sehingga tahun 2020, pegawai perubatan percaya bahawa angka ini akan bertambah 50% kepada 570 juta orang di seluruh dunia. Dekad Sendi dan Tulang 2000 – 2010

Serangan Artritis Tak Kira Umur

 

Kehadiran di Kalangan Semua Kumpulan Umur

Artritis di Kalangan Orang Tua

Penyakit sendi menjadi punca kepada separuh daripada keadaan kronik di kalangan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Persidangan Antarabangsa untuk Dekad Tulang dan Sendi 2000 – 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia

 

Artritis di Kalangan Kanak-Kanak

Statistik dunia menunjukkan bahawa 1 dalam 1000 orang kanak-kanakn dijangkiti oleh suatu bentuk atritis juvenil. – Persatuan Perubatan Singapura

Kos Yang Meningkat di Amerika Syarikat

Orang Amerika yang mengalami artritis pada tahun 1985: 35 juta. 1998: 43 juta ( 1 dalam 6 orang). 2002: 70 juta ( 1 dalam 3 orang). Artritis menyebabkan 39 juta lawatan pakar perubatan dan lebih daripada setengah juta dimasukkan ke dalam wad hospital, menelan belanja lebih daripada US$125 juta setiap tahun. Yayasan Artritis (Amerika Syarikat)

 

Masalah Kerja di Australia

Memandangkan 60% daripada semua penghidap artritis adalah dalam lingkungan umur bekerja (15-64 tahun), artritis menjejaskan hampir 11% daripada tenaga kerja Australia, menyebabkan kemerosotan aktiviti hampir 1.8 juta hari dan kira-kira 213,000 hari tidak bekerja atau bersekolah setiap tahun di Australia.Yayasan Artritis Australia

 

Masalah Kesihatan Utama di Asia

…Mangsa artritis Asia – 150 juta di India, sekurang-kurangnya 65 juta di China, 10 juta di Jepun, 1.6 juta di Taiwan … malah sesetengah daripada mereka tidak tahu bahawa mereka menghidap artritis. Majalah TIME Asia, Jun 2003

Sakit Sendi Menghalang Aktiviti Anda Seharian
Sakit Sendi Menghalang Aktiviti Anda Seharian

 

Empat Jenis Artritis Yang Paling BiasaTulang Rawan Haus

  1. Osteoartritis (OA) – keadaan degeneratif (kemorosotan) yang juga biasa dikenal sebagai penyakit “haus dan lusuh” sendi, iaitu rawan yang melapisi penghujung tulang dalam sendi merosot, membenarkan tulang bergeseran. Semakin banyak rawan yang haus, semakin banyak tulang yang bergeseran.
  2. Artritis Reumatoid (RA) – sering dikenali sebagai “pelumpuh yang dahsyat”. RA ialah keradangan kronik akibat gangguan autokeimunan, iaitu antibodi (biasanya protein dihasilkan untuk melindungi tubuh kita sebagai tindak balas terhadap jangkitan) tidak berfungsi dan terutamanya menyerang sinovium membran yang melapisi bahagian dalam sendi, menyebabkan radang dan bengkak.
  3. Artritis Juvenil (JA) – boleh menjejaskan kanak-kanak, dalam sesetengah kes, ia membawa kemudaratan yang teruk. JA ialah keradangan kronik yang menjadi punca keradangan di satu atau lebih sendi dan bermula sebelum seseorang berumur 16 tahun.
  4. Gout – satu bentuk artritis yang amat sakit dan berpotensi menyebabkan ketidakupayaan. Paras asid urik yang tinggi dalam badan menyebabkan gout.

 

Hidup Dengan Artritis

Harapan Pesakit Artritis

Adalah penting bagi seseorang individu yang menghidap artritis untuk menjaga kesihatannya melalui pelbagai usaha, dan kadang-kadang dengan nasihat doktor untuk mengurangkan keseriusan keadaan serta meningkatkan kualiti hidupnya.

Artritis Sebabkan Lumpuh

 

Artritis Boleh Melumpuhkan Seseorang Jika Ia Dibiarkan Tanpa Rawatan

Walaupun ada peluang bagi pesakit artritis mengalami kelegaan secara spontan, penjagaan penyakit ini adalah amat penting. Tanpa usaha ini, terutamanya mereka yang menghidap RA mungkin berakhir dengan kelumpuhan.

 

 

Ketidakcergasan Mengakibatkan Kelemahan Otot dan Kekakuan Sendi

Secara asasnya doktor menasihati pesakit artritis supaya melakukan senaman yang ringan atau fleksibel setiap hari, walaupun pada masa keradangan (keadaan kesakitan bertambah buruk atau muncul semula). Jurnal Persatuan Perubatan Amerika menerbitkan hasil Ujian Kecergasan Artritis dan Warga Tua (FAST) yang mendapati orang tua yang kurang upaya serta menghidap osteoartritis lutut mengalami peningkatan selepas menyertai program aerobik dan senaman ketahanan.

 

Sehingga Tarikh Ini, Belum Ada Pengubatan yang Tuntas

Rawatan sekarang tertumpu pada menangani kesakitan, memperlahankan kemudaratan keadaan artritis melalui pengambilan suplemen, meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup seseorang. Adalah penting untuk individu mengekalkan sikap positif dan meneruskan rawatan.

Penyesuaian Tabiat Membantu Melindungi Sendi

Antara sepulug Prinsip Perlindungan Sendi yang disokong oleh Yayasan Artritis Malaysia ialah “menghormati kesakitan, mengenal pasti keletihan” supaya aktiviti penyebab kesakitan boleh dielakkan atau diubahsuai, dan “kawal berat badan anda”, kerana berat yang berlebihan menambahkan beban kepada sendi.

 

Bagaimanakah Shaklee boleh membantu mengatasi sakit sendi ini? Amalkan tiga kaedah ini:

Set Sendi & Tulang

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara :

  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  3. Meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

 

Omega Untuk Rheumatid Artritis
Omega 3 Untuk Rheumatid Artritis
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

 

Melalui penjagaan yang rapi, individu yang menghidap artritis masih boleh menjalani kehidupan yang aktif dan memuaskan. Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap artritis atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Leave a Reply

CommentLuv badge