Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Kurang dari 7 hari sahaja lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Namun demikian, jangan pula kita terlalu leka dalam kemeriahan menyambut Syawal. Di saat ini pula kita sibuk memikirkan kain baju raya, sibuk menyiapkan hidangan kuih raya, sibuk mengemas rumah, sibuk menjahit kain langsir dan 1001 macam lagi kesibukan duniawi. Sebaiknya ini adalah waktunya kita mempertingkatkan amalan dan ibadah kita. 10 Ramadhan terakhir adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.

 “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Amalan Wanita Uzur Di Bulan RamadhanBagi wanita yang dapat “cuti” daripada Allah, jangan merasa sedih kerana kehilangan peluang  untuk  beramal dan beribadah, atauuu.. ada yang gembira ke? =), kerana ini adalah ketetapan Allah kepada kaum hawa. Sepertimana yang di sabdakan oleh SAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa dia dalam  kedatangan haid semasa mengerjakan haji (dalam ihram)

“Berkata Saidatina Aishah r.a ,Rasullah datang  kepadaku  sedang aku menangis, lalu baginda bertanya “ Apakah yang membuat kamu menangis?, adakah kamu kedatangan haid?, aku menjawab:” Ya”, baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).

 

 


Dalam sebuah hadith yang lain Nabi SAW bersabda:

“Apabila seorang hamba sakit atau musafir, Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sihat dan tidak bermusafir (bermukim).” (HR Al-Bukhari)

Dalam hal ini, haid merupakan penyakit yang menghalang seorang wanita dari melakukan amalan yang  boleh dilakukan semasa dia masih sihat, yakni tidak uzur. Wanita yang datang haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya.  Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sihat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas.

Ramai wanita yang datang haid dalam bulan Ramadhan (dan juga bulan-bulan lain), sering lalai dari mengingati Allah dan merasai keberkatan beribadah di bulan mulia ini. Mereka  menjadikan ini sebagai lesen untuk menghabiskan masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka boleh berbuat demikian, menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadah kerana mereka dalam haid atau nifas. Akhirnya, apabila diri sudah suci dari haid atau nifas, perasaan lemah untuk beramal akan menguasai mereka dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.

Bagi wanita yang didatangi haid atau nifas, bukan tidak ada cara untuk mendapatkan pahala seperti orang berpuasa yang lain. Mereka dianjurkan untuk melakukan berbagai-bagai amal ibadh yang masih boleh di lakukan oleh wanita semasa dalam haid dan nifas.

Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan
Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan

 Ibadah dan Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan

Doa Ketika Haid Dan Nifas
Jangan lupa amalkan doa ketika haid dan nifas
  • Membaca Al Quran tanpa Mus’haf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di website dan youtube
  • Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD, TV, Radio dan seumpamanya
  • Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir
  • Perbanyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat

Bagi yang berzikir: Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya

  • Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset, CD dan seumpamanya.
  • Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu
  • Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan
  • Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu
  • Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat dhuha, tarawikh, tahajud dan witir

Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan

 

Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan, wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan  Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
  • Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
  • Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
  • Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.

Kesimpulannya setiap wanita yang datang haid dan nifas, tidak pernah dibeza dan diketepikan oleh Islam. Walaupun mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat) mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.

Sumber

1 Comment

  1. Ajlaa Najwa Bt Abdullah says: Reply

    sangat membantu , mempunyai pelbagai maklumat yang berguna dan kita semua tidak berapa didedahkan tentang perkara sebegini jadi information seperti ini sgt membantu kaum wanita seperti saya 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge