Amalan Mudah Hamil Nabi Muhamad S.A.W

Tawakal Kepada Allah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Allah ada bersama kitaMemang sedih perasaan bagi pasangan suami isteri yang sudah bertahun-tahun berkahwin tapi belum juga dikurniakan anak. Sudah tentu tidak lari dari “soalan-soalan maut” ahli keluarga, rakan sekeliling, rakan-rakan atau saudara yang baru berjumpa setelah bertahun-tahun terpisah. Mungkin niat mereka ikhlas, sekadar bertanya khabar ataupun mungkin cuma ingin mengetahui perkembangan terkini rakan mereka. Tapi jauh di sudut hati, hanya Allah yang tahu.

 

 

 

Set Subur ShakleeSebelum ini saya pernah berkongsi tentang Set Kesuburan Shaklee dalam membantu, meningkatkan sistem reproduksi anda kepada tahap yang optima, mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur, mengatasi masalah senggugut/ sakit pinggang yang melampau ketika haid, meningkatkan kualiti sel persenyawaan, menghasilkan sel persenyawaan yang sihat untuk meningkatkan peluang kehamilan dan menambah semangat anda di dalam hubungan suami isteri.

 

Testimoni Pengguna Berjaya Hamil Selepas Mengamalkan Set Kesuburan Shaklee

Tawakal Kepada Allah

 

Namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Letakkanlah kepercayaan penuh kepada Allah. Berkeyakinan kuat bahawa Allah Maha mampu mewujudkan semua permintaan dan keperluan hamba-hambaNya dan semua yang diperolehi oleh kita hanyalah dengan pengaturan dan kehendak daripada Allah. 

 

 

 

 

Dan apabila Allah menimpakan kepadamu suatu bahaya maka tidak ada yang bisa menyingkapnya selain Dia, dan apabila Dia menghendaki kebaikan bagimu maka tidak ada yang bisa menolak keutamaan dari-Nya. Allah timpakan musibah kepada siapa saja yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Yunus: 107)

Amalan Mudah Hamil Nabi Muhamad S.A.W.

Amalan Mudah Hamil Nabi Muhamad S.A.W.

Pesan dari Rasulullah ini telah ditulis oleh Syaikh Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid dalam sebuah buku yang berjudul Manhaj Tarbiyah Nabawiyah Lith-Thifli. 

Cara yang diutarakan oleh Rasulullah dalam amalan supaya dipermudahkan mendapat zuriat adalah dengan memperbanyakkan beristighfar dan sedekah.

Ada seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata, “Ya Rasulullah, saya belum punya anak sama sekali.” Kemudian Rasulullah pun menjawab: “Mengapa kamu tidak memperbanyakkan saja istighfar dan bershadaqah?”. Orang itu pun kemudian melakukannya. Setelah beberapa lama, akhirnya ia pun mendapat enam orang anak.

Menurut Allamah Mala Ali, hadis tersebut berdasarkan firman Allah dalam kisah Nabi Nuh A.S:


“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh : 10-12)

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad dikatakan bahawa barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, Allah akan menguraikan segala kekusutan hati dan melapangkan segala kesempitan dada serta memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Begitulah petua Nabi supaya dipermudahkan mendapat zuriat, iaitu memperbanyak beristighfar dan sedekah. Namun kita tidak boleh menyimpulkan bahawa orang yang belum punya anak adalah orang yang jarang istighfar dan sedekah, atau orang yang banyak anak adalah ahli istighfar dan sedekah. Wallahu a’lam.

2 Comment

  1. Delusional idiot: “At clubs I’ve worked with before, with proper planning, we’ve done well. If I can go through that this season, I will have to have a crack at the big time and try to enhance the quality of the squad.”

  2. It was so much fun behind the camera n with the whole icecream treat . Sania is exceptionally passionate about her work ,have always been a fan . Overall a great experience , really glad to hear rotary doing such charity work. Will surely go to watch the play PS: I made the worst possible blooper for the week sigh

Leave a Reply

CommentLuv badge