Tentang Penulis

Bermula dengan menjual barangan bayi di dalam talian, kemudian perlahan-lahan beralih arah menjual pakaian-pakaian wanita, seiring dengan keperluan peribadi dan juga permintaan semasa.

Dan kini produk kecantikan dan kesihatan, Shaklee telah ditambah ke dalam senarai. Kedai online kami mempunyai pelbagai Set Shaklee untuk semua peringkat umur pelanggan. Kami menawarkan Set Penyusuan, Set Berpantang, Set Pelangsingan, Set Kecantikan Kulit, Set Kesuburan, Set Kesihatan Lelaki, Set Alergi, Set Kehamilan, dan banyak lagi.

Siapa disebalik penubuhan momsavenues.com?

Moms Avenue ditubuhkan pada Januari 2010 oleh saya, Dzu Amri. Memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, dan kini bekerja sepenuh masa sebagai seorang Jurutera di sebuah syarikat utiliti negara, tidak menghalang saya untuk berkecimpung secara serius di dalam bidang kecantikan dan kesihatan ini.

Latihan MBFPC Sabah

Di samping itu, saya juga adalah seorang penasihat penyusuan susu ibu yang mendapat latihan daripada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Saya juga terlibat dengan kumpulan sokongan susu ibu (AKSSI). Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan dengan penyusuan susu ibu, boleh menghubungi saya untuk konsultansi online secara percuma.

Hari ini saya adalah seorang pengedar bebas Shaklee. Insya Allah saya akan terus bersama Shaklee untuk selamanya.
Saya berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang mesra kepada semua pelanggan Moms Avenue. Percaya dengan saya dan saya akan memberikan anda kepuasan 100%. Moms Avenue akan meletakkan semua usaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Salam Sayang,
Dzu Amri
0192432888

4 Comment

  1. kenangan ini tidak akan saya lupakan kak Dzu amri

    miss this moment..
    Jom baca entri terbaru hendrawati 8 PANDUAN MEMILIH COLLAGEN YANG BAIKMy Profile

    1. Best sangat kan masa ni hendra.. kursus yang sangat terkesan di hati.. peserta pun best2.. πŸ™‚

  2. wow kak dzu, baru tengok ni satu.. pernah join latihan breastfeeding gitu

    1. Hehe.. Breastfeeding is my passion.. πŸ™‚

Leave a Reply

CommentLuv badge