9 Rahsia Awet Muda & Elakkan Kedutan Di Wajah Yang Wajib Anda Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kolagen adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel-sel kita yang membantu “memegang” kulit yang memberi ketegangan dan keanjalan pada kulit.

Semasa kita masih muda, (opss! dan masih lagi muda ), kulit kita sentiasa gebu dan mulus kerana sel-sel kulit sentiasa diperbaharui.

Tetapi semakin kita berumur, pengeluaran kolagen semakin perlahan dan kolagen sedia ada boleh rosak disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari dan tabiat buruk penjagaan kulit. Hasilnya? Kedutan dan kulit mula mengendur ke selatan .

Mujurlah terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan kolagen anda di samping meningkatkan pengeluarannya… Saya ada rahsia awet muda ekslusif untuk wanita-wanita jelilta di luar sana. Jangan salah sangka, kita semua adalah wanita jelita,setiap individu mempunyai kejelitaan masing-masing 

 

9 Rahsia Awet Muda & Elakkan Kedutan Di Wajah

 

Rahsia Awet Muda Ziana Zain
Ziana Zain pada usia 47, masih kekal jelita

1. Tingkatkan Pengambilan Vitamin C Anda

Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Nutrition mendapati wanita berumur 40 ke atas dengan jumlah pengambilan Vitamin C yang paling tinggi dalam diet mereka kurang cenderung untuk mempunyai kedutan daripada mereka yang mengambil pada tahap yang lebih rendah.

Vitamin C adalah sangat penting untuk pembentukan kolagen, tanpanya asid amino tidak boleh dihubungkan untuk membentuk protein,” kata pakar diet Jo Travers.

Rahsia Awet Muda: Makanan Kaya Vitamin CSumber Vitamin C yang baik adalah lada merah, sayuran berdaun hijau gelap seperti brokoli, tomato, buah oren dan kiwi.

Skincare yang mengandungi Vitamin C juga menggalakkan pemulihan kolagen. Ia biasanya disenaraikan di label sebagai L-Ascorbic acid, ascorbyl palmitate or ascorbyl phosphate. (Lepas ni, kena pastikan skincare anda mempunyai label tersebut.)

 

2. Berhenti Merokok

“Merokok mencipta enzim dipanggil matrix metalloproteinases (MMPs) yang merosakkan kolagen dalam kulit anda, dengan itu kekenduran kulit adalah “hadiah” yang terpaksa diterima oleh kebanyakan perokok,” kata perunding dermatologi Dr Nick Lowe.

 

3. Lindungi Diri Dari Cahaya Matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari adalah suspek utama yang mempercepatkan kehilangan kolagen. Dermatologis memberi amaran bahawa 90 peratus daripada kedutan, bintik-bintik hitam dan kerosakan kulit adalah berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam kulit dan merosakkan struktur sokongan kolagen di dalam sana.

Nasihat saya adalah untuk memakai krim yang mempunyai pelindung suria (sunblock) SPF15 broad spectrum cream (yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB) sepanjang masa.

 

4. Mengamalkan Retinol (Vitamin A)

Penggunaan Vitamin A benar-benar dapat mengurangkan kedutan, malahan mungkin lebih baik daripada produk kulit yang lain. Krim retinoid (yang hanya boleh diperolehi melalui preskripsi) telah terbukti membantu meningkatkan pengeluaran kolagen.

 

5. Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

Menurut Dr Patricia Farris, penulis bersama The Sugar Detox: Lose Weight, Feel Great and Look Years Younger, makan terlalu banyak gula boleh menjadi bencana kecantikan.

Ia menyebabkan penuaan kulit pramatang oleh proses yang dipanggil glycation. Ini adalah proses di mana gula yang berlebihan dalam darah akan melekat pada lipid, asid nukleik dan protein (terutamanya pada kolagen anda) untuk membentuk “advanced glycation end ­products” atau AGEs, yang mempercepatkan proses penuaan dan kulit berkedut.

 

6. Pengelupasan

Pengelupasan, membuang bahagian atas, lapisan kulit mati, membantu mempercepatkan proses semula jadi kulit dan pembaharuan kolagen.

Rahsia Awet Muda
Mask Pengelupasan

Antara cara terbaik untuk melakukan pengelupasan adalah dengan exfoliant kimia seperti asid glycolic dan asid laktik. Ianya membubarkan bahan seperti gam yang mengikat kulit mati ke permukaan, dan memberikan kulit yang lebih sekata, kulit yang sihat dan lebih berseri.

 

7. Tambahkan Antioksidan Dalam Rejim Penjagaan Kulit

Antioksidan membantu melindungi daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit.

Istilah ‘radikal bebas’ menggambarkan sel kulit yang rosak.

Radikal Bebas
Radikal Bebas Menyebabkan Kerosakan Pada Sel Kulit Sihat

Ia adalah ‘bebas’ kerana ia kekurangan satu elektron (sel-sel yang sihat mempunyai dua elektron dan sel yang rosak mempunyai satu).

Radikal bebas melekat pada sel-sel kulit yang sihat dan pada dasarnya menyedut elektron yang mereka perlukan, menyebabkan sel-sel kulit yang sihat rosak.

Proses ini mengeluarkan enzim dalam kulit yang merosakkan kolagen. Antioksidan membantu dengan meneutralkan radikal bebas supaya ia tidak perlu “makan” sel-sel kulit kita yang sihat.

Anda boleh juga minum teh hijau, seperti yang selalu diamalkan oleh wanita-wanita korea. Ia mengandungi antioksidan dipanggil catechin disamping makan makanan yang tinggi lutein, antioksidan yang terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam.

 

8. Protein Tumbuhan

Menopaus boleh menjadikan kita berkedut kerana apabila kita semakin tua, tahap oestrogen kita akan menurun. Oleh kerana oestrogen adalah penting untuk menghasilkan kolagen yang sihat, kulit kita akan mula berkedut dan garis-garis halus boleh menjalar masuk ke kulit kita.

Banyak makanan mengandungi oestrogens tumbuhan (phytoestrogen) yang boleh membantu menggantikan kesan oestrogen yang hilang. Sumber makanan yang mengandungi oestrogen ini adalah kekacang (soya), oat, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekiranya anda sukar untuk mengamalkan makanan ini secara konsisten, cara paling mudah untuk mendapatkan oestrogen ini adalah dengan mengamalkan pengambilan Energizing Soya Protein.

 

9. Urut

Mengurut muka anda setiap hari akan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, memberikan kulit kelihatan lebih montok dan membantu merangsang kelenjar limfa untuk menggalakkan kulit yang mulus.

2 Comment

  1. Memang kena amik kolagen dan vitamin c. maklumla, kurang makan sayur dan buah.
    Jom baca entri terbaru Niza Yusof 14 Tips Elakkan Sakit Musim HujanMy Profile

    1. Tu la.. Tambah lagi skrg makanan banyak sangat bahan kimia

Leave a Reply

CommentLuv badge