7 Rahsia Jelita Mengandung Tanpa Jerawat

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Jelita Mengandung Tanpa Jerawat

 

 

Mengandung boleh menjadikan anda seorang wanita jelita. Dengan semua perubahan yang berlaku kepada badan anda, terdapat banyak bonus kecantikan yang membuat anda kelihatan menarik dan gojes .  Peningkatan dalam kuantiti darah akan menyebabkan muka anda akan kelihatan lebih berseri-seri. Namun tidak kurang juga ada yang menderita mengalami masalah jerawat semasa mengandung.

Kehamilan boleh menyebabkan masalah jerawat atau membuat jerawat sedia ada menjadi lebih teruk.

 

Jerawat Masa Mengandung

 

Tahap hormon androgen yang lebih tinggi adalah punca yang menyebabkan jerawat ketika hamil kerana ia menggalakkan kalenjar sebum di kulit anda meningkatkan pengeluaran minyak yang dipanggil sebum.

 

Pembentukan Jerawat

 

Manakala kulit pula secara semulajadi akan membuang sel-sel kulit mati lebih daripada 30,000 sehari. Sel-sel kulit mati inilah apabila bergabung dengan sebum tambahan akan menyumbat liang-liang kulit, sekaligus mewujudkan persekitaran di mana bakteria boleh membiak dengan cepat. Semua ini akhirnya akan membawa kepada keradangan kulit dan menyebabkan jerawat.

Sekiranya anda menghadapi masalah ini janganlah bersusah hati kerana anda sebenarnya tidak bersendirian dalam memerangi masalah jerawat. Terdapat ramai wanita di luar sana yang menghadapi masalah jerawat semasa mengandung. (Susah hati akan menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk)

 

 

IMG_7546.JPG

 

7 Rahsia Jelita Mengandung Tanpa Jerawat

Terdapat beberapa cara untuk merawat kulit / jerawat semasa mengandung. Ini termasuk mencuci muka dengan betul, dengan menggunakan pelembap yang betul, pengeringan lembut dan biarkan ianya sembuh secara semulajadi.

 

1. Bersih, Bersih dan Bersih…

Kebersihan adalah perkara paling utama dalam mengelakkan pembentukan jerawat. Kulit muka yang tidak bersih akan mengundang kuman sekaligus menyebabkan jerawat. Oleh yang demikian, anda kena pastikan semua peralatan yang sentiasa bersentuhan dengan kulit muka berada dalam keadaan bersih. Gunakan tuala muka yang bersih. Jangan dicampur adukkan dengan tuala yang digunakan untuk mengeringkan badan selepas mandi. Sarung bantal dan cadar pun harus bersih. Bukan setakat itu sahaja, telefon bimbit anda dan gajet-gajet lain juga berada dalam keadaan bersih kerana kita kerap menggunakannya. Tapi jangan dicuci pula telefon bimbit anda itu. 

Di samping itu, elakkan menyentuh muka sekiranya tidak perlu. Cuci tangan dan muka dengan bersih sebelum mengenakan sebarang kosmetik pada muka.

 

2. Cuci Muka Selalu!

Mencuci muka adalah sama penting dengan menjaga kebersihan. Apabila anda terjaga dari tidur, percikan muka dengan air sejuk (jangan gunakan sabun, pencuci muka dan lain-lain). Kemudian anda boleh menggunakan sabun dan lain-lain selepas setengah jam. Basuh muka anda setiap kali selepas anda keluar rumah. Pembersihan muka, toner dan pelembap muka adalah perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk mejaga kulit muka anda.

Ketika membasuh muka, pastikan anda menggunakan pencuci muka yang bebas daripada minyak. Menambahkan minyak pada kulit hanya akan memburukkan keadaan atau meningkatkan jerawat semasa mengandung. Basuh muka dua kali sehari sahaja. Masa terbaik adalah selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur.

Selepas mencuci muka adalah penting untuk mengeringkan muka perlahan-lahan. Menggosok muka dengan tuala adalah sangat tidak digalakkan kerana keradangan boleh menyebabkan jerawat. Cara yang betul untuk mengeringkan muka adalah dengan hanya menepuk kulit dengan tuala ringan sehingga kulit bebas dari air.

 

3. Serlahkan Kecantikan Dalaman

  • Minum air suam dengan lemon pada waktu pagi, ini membantu membersihkan usus dan menambah kesegaran kepada tubuh dan wajah.
  • Makan banyak buah-buahan, ia akan menambahkan seri di wajah anda. Makan banyak sayur-sayuran hijau, ia membantu dalam menghasilkan darah di dalam badan dan menjaga sistem pencernaan anda. Pengambilan Vitamin C semasa mengandung juga membantu mengekalkan muka berseri-seri tanpa cela. 
  • Selera wanita mengandung boleh berubah secara mendadak. Berbagai macam permintaan untuk memenuhi selera makan. Walaumacamana mengidam sekalipun, seboleh-bolehnya jauhkan daripada makanan bergoreng, makanan berminyak, makanan ringan dan makanan bakeri seperti pastri, kek, dan sebagainya … yang mengandungi banyak minyak, marjerin dan mentega dan lain-lain.

 

4. Elakkan Sinaran Matahari

Samada ketika mengandung atau tidak, sinaran matahari adalah musuh utama kulit. Ianya sangat berbahaya sehingga ke tahap boleh menyebabkan kanser kulit. Apabila anda berada di luar, gunakan payung, topi, selendang atau apa saja untuk melindungi diri anda daripada pancaran matahari. Jangan sesekali tinggalkan sunblock anda.

 

5. Jangan Biarkan Mekap Di Muka Ketika Tidur

Pastikan anda tidak menggunakan mekap berasaskan minyak. Selepas menggunakan mekap, sentiasa tanggalkan mekap anda serta merta dan pastikan muka anda bersih dari mekap sebelum tidur. Jikalau berkemampuan, gunakan kosmetik yang berkualiti untuk melindungi kulit anda.

 

6. Jaga Kesihatan

  • Bersenam sekurang-kurangnya 1/2 jam sehari
  • Tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari
  • Elakkan tekanan daripada diri anda

 

7. Merawat Jerawat

  • Membiarkan jerawat sembuh secara semulajadi semasa mengandung. Memicit jerawat hanya akan meningkatkan keradangan dan menyebabkan parut selepas luka jerawat sembuh.
  • Sesekali manjakan diri anda dengan facial muka. Ianya membantu mendapatkan semula keremajaan kulit anda.

Perubahan dalam badan semasa hamil tidak selalunya indah, tetapi percayalah kelenjar sebaceous akan kembali ke tahap normal selepas bayi dilahirkan dan keadaan kulit akan menjadi lebih mulus. Hayatilah setiap detik pengalaman mengandung anda! 

2 Comment

  1. nampaknya si suami pun kena ambil tahu pasal nak jaga kecantikan isteri 🙂
    Jom baca entri terbaru Ikhwan Fahmi Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  2. Saya sekarang prgnant 4 bulan.masalahnya area muka gatal2 dan berjerawat.apa yang patut sya buat.

Leave a Reply

CommentLuv badge