13 Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air Dengan Berkesan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

CACAR AIR, nama penyakit itu sendiri sudah cukup menakutkan kita, bukan? Dan bagaimana pula parut hodoh, yang ditinggalkan oleh penyakit ini setelah ia sembuh sepenuhnya? Ianya sesuatu yang sungguh membencikan. Apalagi sekiranya kita dijangkit ketika umur yang sudah meningkat remaja atau dewasa, kesan parut sudah tentu akan menjadi lebih lambat dan sukar untuk hilang.

Cacar air akan menyebabkan lepuhan yang berisi cecair dan gatal timbul pada badan anda. Lepuhan ini akhirnya pecah dan menjadi kerak (kuping) yang boleh meninggalkan parut pada kulit anda. Sebaik sahaja terbentuk, parut cacar air ini agak sukar untuk dihapuskan dan oleh itu seseorang itu perlu sentiasa elakkan dari menggaru. Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati! Tetapi bagaimana jika anda tidak boleh menahan diri dari menggaru sepanjang masa dan dengan itu mendapat beberapa parut pada kulit anda?!!

Ubat Chicken Pox Menghilangkan Parut Cacar Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Terdapat banyak prosedur perubatan seperti dermabrasion, microdermabrasion, photo facial dan sebagainya yang menghilangkan parut hodoh akibat cacar air dari kulit anda. Tetapi mengapa bersusah payah untuk rawatan-rawatan mahal apabila terdapat rawatan semulajadi yang pasti boleh menghilangkan parut cacar air!

13 Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air Dengan Berkesan

Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air1. Jus Lemon untuk Rawatan Parut Cacar Air

Parut atau tanda pada kulit akan terbentuk semasa proses penyembuhan kulit atau tisu yang rosak. Badan akan mengeluarkan protein yang dipanggil kolagen untuk membaiki kerosakan yang berlaku pada kulit atau tisu anda. Kolagen juga mengekalkan kulit anda supaya kuat, fleksibel dan berdaya tahan. Jus Lemon adalah sumber yang kaya dengan Vitamin C yang menyumbang dalam pengeluaran kolagen. Seperti mana-mana buah-buahan sitrus yang lain, jus lemon mengandungi alpha hydroxy asid (AHA) yang mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan kulit anda. Jus lemon, yang dikategorikan sebagai peluntur semula jadi juga boleh mencerahkan parut serta tanda akibat daripada jangkitan cacar air.

Cara-caranya:

  • Ambil 1 sudu teh jus lemon dan tuangkan ke atas bebola kapas
  • Sapukan pada parut anda
  • Biarkan selama 10 minit
  • Bilas dengan air

Tips

Penggunaan jus lemon dengan kerap pada kulit menjadikan kulit anda fotosensitif. Oleh itu, sentiasa gunakan pelindung matahari sebelum melangkah keluar rumah. Cara terbaik adalah untuk tidak menggunakan jus lemon pada kulit pada waktu siang. Gunakannya pada waktu malam sahaja.

2. Madu untuk Rawatan Parut Cacar Air

Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air

Madu, penuh dengan nutrien semula jadi, bukan sahaja pelembap yang baik tetapi juga mempunyai beberapa sifat pelunturan yang boleh mencerahkan parut anda. Malah, ia menggalakkan penjanaan semula kulit pada parut dengan membekalkan nutrien yang diperlukan untuk kulit anda. Ia berfungsi melalui kesan osmosis di mana ia menarik darah dan nutrien ke arah parut lalu menghapuskan sel-sel kulit mati dan menggalakkan penyembuhan pantas luka dan pertumbuhan semula kulit. Ada satu cara lagi yang menggalakkan pertumbuhan semula kulit melalui penggunaan madu iaitu dengan memberikan keasidan pada parut yang mana kemudian akan membebaskan oksigen daripada sel-sel darah merah.

Untuk kesan maksimum, buat scrub madu oat untuk hilangkan parut cacar air.

Ramuan:

  • 1 sudu besar Madu
  • 1 sudu besar Oats
  • 1 sudu besar Air

Cara-caranya:
Tambahkan air kepada oat dan gaulkan sehingga menjadi lembut dan pekat. Kemudian tambah madu dan gaulkan sehingga sebati. Sapukan pada parut. Biarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air.

  1. Gel Lidah Buaya untuk Rawatan Parut Cacar AirRawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air

Lidah buaya adalah herba ajaib dengan kesan melegakan yang sangat baik, mengandungi pelembab dan mempunyai sifat-sifat penyembuhan. Ianya penuh dengan antioksidan dan anti-mikrobial. Gel yang terkandung dalam daun lidah buaya sangat membantu dalam penyembuhan kulit anda dari luka, alahan dan jangkitan seperti cacar air. Ciri-ciri anti-radang pada gel lidah buaya menghapuskan kerengsaan akibat luka kulit dan juga membuang sel kulit yang mati. Memandangkan sifatnya yang boleh menembusi jauh ke dalam kulit, gel lidah buaya mampu melembapkan kulit anda dengan berkesan dan juga membantu meningkatkan penghasilan kolagen kulit supaya kulit anda sembuh dengan lebih cepat dan seterusnya mengurangkan kesan parut.
Cara-caranya:

  • Ambil sedikit gel lidah buaya.
  • Sapukan pada parut.
  • Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.
  • Biarkan kering.
  • Sekiranya anda rasa melekit, anda boleh mencucinya dengan air.
  • Ulangi ini 3-4 kali sehari.

4. Air Kelapa untuk Rawatan Parut Cacar Air

Air kelapa adalah khazanah nutrien termasuk vitamin, mineral dan pelbagai unsur surih. Ia adalah sumber yang kaya dengan magnesium, kalium, kalsium, natrium dan fosforus bersama-sama dengan banyak unsur surih yang lain. Tetapi yang lebih penting apabila melibatkan kulit dan masalah-masalah seperti parut, kedutan, kekeringan dan lain-lain; adalah asid laurik dan cytokines dalam air kelapa. Cytokines membantu mengawal pertumbuhan sel dan keseimbangan pH selari dalam mengekalkan tisu penghubung. Air kelapa juga merupakan agen anti-virus, anti-mikrobial dan anti-kulat yang membantu menyembuhkan dan melegakan kulit. Apabila anda menggunakan air kelapa setiap hari, anda mungkin boleh mencerahkan parut dan lubang-lubang yang anda dapat kesan daripada jangkitan cacar air tidak terkecuali juga daripada kesan jerawat.

Cara-caranya:

  • Gunakan air kelapa terus pada parut anda. Lakukan hanya apabila anda telah pulih daripada jangkitan cacar air. Anda boleh menggunakan bebola kapas untuk sapukan air kelapa pada parut anda atau hanya tuangkan di atas permukaan kulit di mana parut kelihatan. Ulang beberapa kali sehari.
  • Campurkan 2 gelas air kelapa pada air mandian anda.
  • Minum segelas air kelapa setiap hari. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah tekanan darah rendah, rujuk kepada doktor sebelum mengambil air kelapa kerana ia cenderung untuk menurunkan tekanan darah.

5. Oat untuk Rawatan Parut Cacar Air

Oat boleh menghidrat kulit dengan ajaibnya. Ini boleh membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan untuk luka, yang akhirnya dapat mencerahkan parut. Bukan sahaja oatmeal melembapkan kulit anda tetapi juga membantu dalam mengurangkan kemerahan ketika berlaku pengelupasan pada warna kulit. Ini menjadikan oat ubat yang baik untuk parut.

Cara-caranya:

  • Ambil 1 cawan tepung oat mentah dan 2 cawan air suam. Gaulkan sehingga menjadi pes. Biarkan ia sejuk. Sapukan pada parut anda dan gosok perlahan-lahan selama kira-kira sepuluh minit. Atau;
  • Campurkan yogurt dan serbuk oat sehingga menjadi pes. Tambah beberapa titik jus lemon. Sapukan pes pada parut. Biarkan ia kering sebelum mencuci dengan air sejuk. Atau;
  • Anda juga boleh menggosok beberapa oat mentah pada kulit basah anda. Lakukan selama 1-2 minit. Ini akan membuang kulit mati dan juga mencerahkan parut. Atau;
  • Ambil setengah cawan oatmeal, satu cawan air, 2 titis jus lemon dan 1 sudu teh serbuk kayu manis. Didihkan air dan kemudian tambahkan oatmeal. Masukkan jus lemon dan kacau sehingga menjadi pes yang tebal. Biarkan ia sejuk sedikit. Tambah serbuk kayu manis. Sapukan pada parut anda. Biarkan selama 20-30 minit dan kemudian basuh dengan air suam.

 

6. Baking Soda untuk Rawatan Parut Cacar Air

Baking soda yang bersifat alkali mengekalkan tahap pH kulit anda. Sekaligus ia melegakan kegatalan dan kerengsaan, dan merupakan satu cara yang baik untuk mencegah diri dari terus tergaru-garu. Malahan apabila anda mendapat parut dari bekas luka, baking soda datang menghulurkan bantuan sebagai agen pengelupasan semula jadi.

Cara-caranya:

Tambah sedikit air pada baking soda. Perlahan-lahan sapukan pes ini ke kawasan parut terjejas selama 1-2 minit.

7. Vitamin E dari Sumber Asli untuk Rawatan Parut Cacar Air

Vitamin E adalah baik untuk kulit kerana ia mempunyai banyak antioksidan untuk menyokong sel-sel kulit dengan membaiki kerosakan yang dilakukan kepadanya. Antioksidan membantu melindungi kulit dari radikal bebas, bakteria, kotoran dan bahaya alam sekitar lain yang merosakkan sel-sel kulit dan kolagen. Sumber minyak vitamin E boleh didapati bersama-sama dengan kapsul yang boleh pancit dan vitamin E di dalamnya boleh digunakan untuk meremajakan kulit. Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar AirAntara sumber lain untuk memperolehi Vitamin E adalah melalui sumber semula jadi seperti badam, bayam, betik, avokado, dan lain-lain cuma masukkannya di dalam diet harian anda. Di samping itu, anda juga boleh menyapu beberapa sumber-sumber vitamin E pada kulit berparut anda. Berikut adalah salah satu cara menggunakan avokado.

Cara-caranya:

Ambil isi avokado ke dalam mangkuk. Tambahkan dua sudu besar madu dan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar dan lecekkan avokado. Sapukan pada bekas luka kawasan terjejas. Biarkan selama lebih kurang 15 minit. Basuh.

 

8. Betik untuk Rawatan Cacar Air

Enzim Papain wujud dalam betik dan mempunyai kapasiti untuk membuang sel-sel kulit mati dan juga pengelupasan kulit sehingga lapisan kering yang telah berubah warna gugur! Sungguh ohsem sekali bukan? Di samping itu, oleh kerana sodium yang rendah di dalamnya, betik memastikan kulit anda lembap untuk masa yang lama. Betik juga sumber yang kaya dengan Vitamin C yang membantu dalam pengeluaran kolagen memberikan kehidupan baru kepada kulit anda. Walaupun anda sentiasa boleh lenyekkan beberapa betik masak dan sapukan pada kulit anda untuk beberapa minit, mencampurkan ia dengan bahan-bahan lain untuk membuat scrub adalah lebih berkesan.

Cara-caranya:

Tambahkan 5 sudu besar gula perang, susu dan kacau sehingga cair. Lenyekkan betik untuk mendapatkan isinya. Tambahkan pada campuran susu-gula tadi. Kisarkan.

Kemudian cuci bahagian badan anda yang mempunyai parut cacar air dengan sabun lembut dan air. Sapukan scrub betik yang disediakan pada kulit anda. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit.

 

9. Cocoa Butter untuk Rawatan Parut Cacar Air

Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar AirCocoa butter, yang merupakan lemak yang amat pekat diekstrak daripada biji koko, digunakan dengan meluas untuk merawat pelbagai parut. Ia adalah salah satu pelembap dan emolien yang terbaik  tersedia untuk kulit manusia. Cocoa butter menembusi jauh ke dalam lapisan dermis kulit dan dengan itu membantu mengekalkan kelembapan untuk tempoh yang lebih lama. Ia melicinkan parut dan kulit sekitarnya dengan cara parut tersebut menjadi kurang kelihatan. Kulit yang terhidrat adalah syarat pertama untuk pertumbuhan tisu kulit baru yang sihat. Cocoa butter berkesan melembapkan kulit anda dari dalam dan memastikan ia terhidrat, ia adalah salah satu rawatan yang terbaik untuk mencerahkan parut termasuk parut yang anda dapat daripada cacar air. 

 

Cara-caranya:

Ambil sedikit Cocoa butter. Gosok pada kulit parut yang terjejas dalam gerakan membulat. Lakukannya sehingga semua mentega diserap oleh kulit anda. Ulangi 3-4 kali sehari.

 

10. Minyak Kelapa untuk Rawatan Parut Cacar Air

Asid lemak rantaian sederhana yang terdapat dalam minyak kelapa dapat mempercepat proses penyembuhan luka. Asid lemak bukan sahaja mengekalkan kelembapan kulit tetapi juga merangsang pengeluaran kolagen. Minyak ini juga membantu membentuk salur darah baru pada kadar yang lebih cepat yang seterusnya membantu dalam membuat kulit anda bebas daripada parut.

Cara-caranya:

Dapatkan minyak kelapa, sebaik-baiknya minyak kelapa dara. Sapukan pada parut anda. Urut perlahan-lahan sehingga minyak meresap ke dalam kulit anda. Ulangi 3-4 kali sehari.

 

11. DIY Krim Penyingkiran Parut di Rumah

Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air
Daripada huraian di atas untuk Rawatan Semulajadi Yang Menghilangkan Parut Cacar Air, anda telah mengetahui tentang faedah-faedah lemon, Cocoa butter, vitamin E dan minyak kelapa. Bagaimana bahan-bahan ini berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit anda dan menggalakkan penyembuhan luka serta pengeluaran kolagen sangat menakjubkan. Apabila salah satu daripada bahan-bahan ini boleh mencerahkan parut anda, bayangkan apa yang boleh ia lakukan apabila anda menggabungkan semua bahan ini untuk membuat sendiri krim penyingkiran parut anda! Krim ini juga boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit kering kerana ia menjadikan kulit anda super lembut. Berikut adalah ‘resipi’ untuk membuat krim penyingkiran parut anda di rumah dan percayalah, ia terlalu mudah!

Ramuan:

½ cawan Cocoa Butter
12 sudu besar Minyak Kelapa
2 sudu besar Minyak Vitamin E
½ sudu kecil Perahan Lemon
Anda boleh menambah atau mengurangkan kuantiti yang sesuai keperluan anda, tetapi harus kekalkan nisbah bahan-bahan.

Cara-caranya:

Ambil periuk dan letakkan minyak kelapa dan Cocoa butter di dalamnya. Panaskan dengan api kecil sehingga cair. Setelah campuran cair, padamkan api.

Tambah minyak vitamin E dan perahan lemon. Biarkan ia sejuk sehingga ia menjadi pepejal dan kemudian simpan di dalam bekas pilihan anda. Siap! Sapukan krim ini setiap hari pada parut anda, 3-4 kali sehari.

 

12. Lavender Essential Oil untuk Rawatan Parut Cacar Air

Lavender essential oil bukan sahaja mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-kulat tetapi ia juga menghalang kulit anda dari parut selain penyembuhan luka yang lebih cepat. Ia amat bermanfaat pada peringkat cacar air mengering. Apabila anda sapukan lavender essential oil, ia meningkatkan pembentukan tisu pada parut. Walaupun lavender dikatakan selamat apabila digunakan dengan tidak dicairkan, ia adalah lebih baik untuk mencairkan ia dengan sedikit minyak pembawa sebelum disapukan pada kulit, terutama dalam kes kanak-kanak.

Cara-caranya:

Lavender penting oil- 1-2 titik
Minyak zaitun atau kelapa oil- 1-2 sudu besar
Adakah ini:

Tambah 2 titik lavender essential oil untuk 1 sudu besar (dewasa) / 2 sudu besar (kanak-kanak) minyak zaitun atau minyak kelapa untuk orang dewasa. Sapukan pada parut anda. Ulangi 2-3 kali sehari.

 

13. Essential Oil untuk Rawatan Parut Cacar Parut

Aromaterapi menggunakan pelbagai minyak untuk merawat pelbagai keadaan. Apabila ia melibatkan rawatan parut pada kulit akibat cacar air, terdapat remedi aromaterapi yang menggunakan campuran essential oil bersama-sama dengan witch hazel untuk mempercepatkan penyembuhan luka dengan cara ia tidak meninggalkan parut pada kulit. Di sini ialah bagaimana dan apa yang anda perlu lakukan untuk menggunakan essential oil.

Ramuan:

6 titik Minyak Tree Tea
10 titik Minyak Bergamot atau 5 titik Minyak Eucalyptus (Minyak Kayu Putih)
10 titik Minyak Chamomile
10 titik Lavender oil
50 ml Witch Hazel (lebih kurang 3 sudu besar ¼ atau 10 sudu teh)
50 ml Air suling (lebih kurang 3 sudu besar ¼ atau 10 sudu teh)
Botol kaca untuk menyimpan
Cara-caranya:

Tuangkan semua minyak, witch hazel dan air suling dalam botol simpanan anda. Setiap kali sebelum anda sapukan ini pada kulit yang terjejas, goncang mereka dengan baik. Mula gunakan gabungan minyak ini pada peringkat akhir jangkitan cacar air kerana ia akan mempercepatkan proses penyembuhan dan akan mengurangkan kemungkinan terjadinya parut.
Jika anda alah kepada mana-mana minyak, keluarkan ia dari ramuan dan gunakan minyak lain dalam gabungan itu. Jangan menambah atau mengurangkan jumlah minyak lain.
Semasa anda menggunakan minyak bergamot, anda perlu untuk mengelakkan matahari selama sekurang-kurangnya 12 jam selepas menggunakan campuran minyak ini jika tidak, anda akan mendapat sunburn. Jika anda tidak boleh mengelakkan matahari, hanya gantikannya dengan minyak kayu putih seperti yang dinyatakan dalam bahan-bahan. Gunakan campuran minyak 1-2 kali sehari.

1 Comment

  1. Cantik semulajadi says: Reply

    Wow.. Perkongsian yg sgt bermanfaat. Tq

    Sihat dan cantik
    Jom baca entri terbaru Cantik semulajadi TESTIMONI SET IBU MENYUSU: Rahsia Kulit Ibu Kembali Remaja Setelah Mengambil Set 3M Telah TerbongkarMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge