10 Fesyen Yang Menyakitkan!

10 Fesyen Yang Menyakitkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernah dengar pepatah. “Beauty Is Pain“? Apa yang pepatah itu maksudkan adalah bahawa sebagai wanita, ada sejumlah ketidakselesaan di dalam sesetengah amalan kecantikan.

Kata bijak pandai ini kekal menjadi benar. Sama ada ianya ritual kecantikan yang kita jalani atau pakaian yang tidak selesa dan aksesori yang kita pakai, hakikatnya fesyen boleh mencederakan.

Stiletto sering membuatkan kaki Susan sakit sehingga ke tapaknya, dan pernah sekali buku lali Susan terseliuh ketika menari menggunakan stiletto. Tetapi kasut tumit tinggi yang nipis ini tetap kekal menjadi fesyen kegemaran wanita berusia 24 tahun ini. “Saya suka hakikat ianya membuat saya lebih tinggi, dan kelihatan sangat stylish,” kata beliau.

Fesyen Yang MenyakitkanSeperti Susan, ramai wanita menderita atas nama fesyen yang menyakitkan. Berapa ramai daripada kita telah melalui pengalaman menyakitkan ini; sandal bertali yang menyakitkan kaki, beg berjenama yang mencederakan bahu, seluar jeans yang terlalu ketat, dan korset yang menggigit 3 inci pinggang sehingga menyebabkan kita pengsan akibat sesak nafas?

Tetapi sejauh mana kita benar-benar terjebak dengan fesyen yang menyakitkan ini? Baca artikel ini hakikat fesyen yang menyakitkan, dan beritahu kami di bahagian komen di bawah … adakah ia berbaloi?

 

 

10 Fesyen Yang Menyakitkan!

1. Tali Yang Menghiris Pergelangan Kaki
Fesyen Yang Menyakitkan

Anda tidak perlu menderita kesakitan dengan kasut seksi! Apabila anda membeli kasut, beli pada sebelah petang, apabila kaki anda cenderung membengkak. Jika kasut bertali anda masih menyebabkan kaki anda melepuh, abaikan penggunaan Band-Aid – ia cuma membantu untuk sementara sahaja. Sebaliknya, sapukan minyak di kawasan lepuhan, yang akan membantu ‘melonggarkan’ tali di kawasan tersebut disamping melegakan kesakitan.

 

 

2. Handbag Yang Menyakitkan Belakang

Fesyen Yang MenyakitkanAnda mungkin tidak boleh melalui hari-hari anda tanpa membawa barangan seperti beg solek anda dan pakaian senaman bersama-sama anda. Pilih beg dengan tali yang kuat dan lebar yang tidak akan menyebabkan kesakitan pada tulang belikat anda. Beg selempang menyebabkan tekanan pada belakang dan bahu anda. Dan jika anda memasukkan semua yang anda miliki ke dalam beg anda, hentikan sekarang! Anda tidak boleh membawa lebih dari 10% daripada berat badan anda.

3. Body Shaper Yang Menyesakkan

Body Shaper hebat jika ianya tidak terlalu ketat dan jika anda tidak memakainya terlalu lama. Body Shaper yang terlalu ketat boleh menyebabkan pengumpulan darah di kaki anda, iaitu bahagian badan yang lebih rendah dan meningkatkan risiko anda mendapat vena varikos. Jika anda memakai Body Shaper yang mengawal bentuk badan, tanggalkannya dan baring atau duduk dengan kaki anda di atas untuk sekurang-kurangnya selama setengah jam. Lakukan dua kali sehari.

4. Tumit Yang Terlalu Tinggi

Fesyen Yang Menyakitkan
Malangnya, kita tidak boleh menghalang bunion (benjolan di sisi sendi tulang ibu jari kaki) yang terjadi kesan daripada memakai kasut bertumit tinggi. Cara terbaik untuk melindungi kaki anda daripada masalah kaki yang menyakitkan ialah dengan memakai kasut yang rata yang lengkap dengan sokongan untuk kaki. Khaskan penggunaan stiletto untuk acara-acara khas sahaja. Jika anda tidak mempunyai kasut yang rata di dalam almari anda, elakkan memakai kasut bertumit tinggi dengan muncung yang runcing dan pastikan ketinggian tumit di bawah 2 1/4 inci.

5. Kasut Rata Boleh Membuatkan Tumit Anda Sakit

Fesyen Yang MenyakitkanPening jadinya, kasut bertumit rata pun tak boleh?

Kadang-kadang penggunaan kasut bertumit rata pun menyakitkan juga. Sebab mengapa kaki anda boleh tercedera ketika memakai kasut rata adalah kerana ianya memberikan sedikit atau tiada sokongan untuk tumit anda. Jika anda mempunyai kaki yang rata, kesan kesakitan apabila menggunakan kasut jenis ini mungkin tidak begitu terasa. Tetapi jika sebaliknya, kaki anda akan berterima kasih kepada anda jika anda menyarungkan kasut yang memberikan lebih banyak sokongan pada kaki. Pakai kasut rata dengan material elastik di sekitar bahagian depan. Ia akan mencengkam kaki anda dengan lebih baik.

6. Pakaian Yang Gatal

Fesyen Yang MenyakitkanBeberapa kain, seperti bulu, boleh menimbulkan ruam kerana ianya menyebabkan iritasi kulit. Tetapi pakaian lain yang anda pakai juga boleh menyebabkan rasa gatal. Pakai baju kapas sebagai lapisan supaya anda tidak menggaru sepanjang hari. Dan pastikan anda menjaga kelembapan kulit anda, kerana kulit yang kering cenderung untuk menjadi lebih gatal.

7. Subang Yang Berat

Fesyen Yang MenyakitkanSubang Yang Berat menyebabkan kelihatan seperti droppyIanya boleh kelihatan cantik, tetapi subang yang besar atau berat boleh meregangkan telinga anda secara kekal. Elakkan diri anda kelihatan seperti droopy :

  • Sekiranya anda masih mahu kekal untuk memakai subang yang besar, amalkan penggunaan subang plastik dan bukan logam.
  • Sebaliknya adalah lebih baik jika anda tukar subang yang berat dengan yang bersaiz kecil.

8. Senaman

Setelah anda berpeluh selepas melakukan senaman, pakaian anda mungkin memberi kulit anda masa yang sukar. Pakaian anda mungkin melecetkan atau menyebabkan jerawat. Cari pakaian yang sesuai dengan gimnasium yang diperbuat daripada kain sintetik (elakkan kain kapas) yang boleh menyerap lembapan dari kulit. Untuk mengelakkan jerawat di belakang atau dada anda, tukar ke pakaian bersih dengan segera selepas bersenam, dan mandi dengan pembersih badan yang mengandungi benzoyl peroksida (pastikan anda tidak mempunyai kesan alergi terhadap produk ini).

9. Cekak Rambut = Sakit Kepala

Elakkan Head Band Yang MenyakitkanWalaupun ianya kelihatan menarik, namun beberapa aksesori rambut boleh menyebabkan anda sakit kepala. Ini adalah kerana ia menekan saraf di kulit kepala dan dahi anda – dan ia boleh menjadi seteruk migrain. Jangan memakai cekak kepala yang menyakitkan, atau cuma memakainya hanya untuk jangka masa yang pendek.

10. Jeans-Kaki-Kejang

Fesyen Yang MenyakitkanSekiranya jeans anda begitu ketat sehingga menyebabkan anda tidak boleh berjalan atau duduk dengan selesa, anda perlu melonggarkan. Skinny Jeans hendaklah fit, tetapi mereka tidak perlu sehingga menekan pinggang anda atau menyekat peredaran darah. Pilih jeans yang mempunyai regangan supaya membolehkan anda bergerak bebas.

Rahsia kecantikan kulit bertahun-tahun lebih muda dari usia sebenar

2 Comment

  1. kalau pakek fasion menyiksa gak nyaman pastinya….buat wanita yang penting comfort
    Jom baca entri terbaru Radja semut Cara membuat logo adobe photoshop CS3My Profile

    1. Ya yang benar Radja Semut.. Biar cantik dan selesa..

Leave a Reply

CommentLuv badge